Sudah menjadi keperluan buat mereka yang mahu melakukan vlog, live video serta mendapatkan rakaman video tanpa sebarang gegaran dengan mendapatkan gimbal. Walaubagaimanapun, penawaran gimbal yang besar dan memakan ruang di dalam beg antara yang membuatkan proses merakam vlog dan sebagainya melecehkan.

Melihat kepada masalah yang sering berlaku, DJI telah memperkenalkan produk terbaru mereka iaitu DJI Osmo Pocket. Hadir dengan saiz kecil seberat 116, gimbal ini berjaya menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih selesa buat para pengguna.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
DSCF3479
Sumber: TechCrunch 
DSCF3474
Sumber: TechCrunch

DJI Osmo Pocket turut dilengkapkan dengan kamera bersensor 12-Megapixel f/2.0 dengan kemampuan rakaman video 4K 60fps. Sokongan mikroSD sehingga 256GB antara yang tersedia. Lebih menarik, disebalik saiznya yang kecil, DJI Osmo Pocket turut menawarkan skrin bersaiz 1-inci bagi memudahkan pengguna melihatnya secara terus daripada gimbal ini.

DJI Osmo Pocket bakal mula ditawarkan seawal 15 Disember ini dengan harga permulaan $349 (RM1,462.41). Adakah berbaloi? Pada kami ianya sebuah inovasi yang baru dalam industri gimbal dan sangat berbaloi untuk didapatkan buat mereka yang kerap melakukan vlog.