Aku bukan nak kata apa sangat tentang hal doa yang sedang viral sekarang.

Cuma nak kau tahu jenis-jenis doa yang ada di kalangan kita semua, dan kau tak pernah perasan tentang itu sedangkan kau boleh lakukannya sendiri sahaja.

1. Doa permintaan.

Doa yang ini kau biasanya buat masa solat hajat. Cara kau minta juga lain. Bersungguh-sungguh nak perkara yang kau mohonkan itu.

Tak payah fikir doa itu perlu dibuat di mana. Asal kau teringat, kau boleh sahaja ambil wudhuk dan solat dua rakaat. Apa susah?

2. Doa pengharapan.

Biasanya doa yang bersifat mengharap ini perkara yang tak ada kena mengena dengan kita secara direct.

Contohnya, kita berharap yang Israel berhenti serang Palestin. Jadi kita pun sedap-sedap cakap, “Vavilah Israel itu, tak habis-habis serang Palestin”.

Sedangkan kau boleh sahaja angkat tangan dan berdoa, “Ya Tuhan, kau bantulah Palestin dengan mengkayakan ketenteraan mereka supaya pihak jahat dan kejam itu tertakut dengan sendirinya”.

3. Doa kutukan.

Apabila kau dianiaya, kau kerap kali cakap “doa orang teraniaya itu makbul” kahkahkah. Lepas itu kau lupa berdoa lalu kau kena aniaya lagi. Itulah kau, solat pun malas ada hati nak berdoa.

Bukan susah pun, kau berdoa supaya orang yang aniaya kau itu berubah menjadi baik dan tidak menganiaya orang lain pula. Yang selalu kita buat silap ialah kita mengutuk di dalam doa. Itu salah besar woih.

Contohnya kau doa, “Wahai Tuhan, Si Aqram ini selalu menyakiti hatiku, kau temukan dia dengan harimau jika dia ada masuk hutan nanti. Baru dia tahu sakitnya dada ini dirobek-robek dengan kata-katanya itu.”

Yang ini silap.

4. Doa ibu bapa.

Jika kau nak tahu, doa ibu bapa inilah yang paling senang diangkat oleh Tuhan dan dimakbulkan. Jadi, sebelum kau nak suruh emak ayah kau berdoa untuk kau, kau dulu kena berbuat baik dengan mereka.

Layan mereka, senyum dengan mereka, buatkan kopi, belikan brownies serta rajin-rajin menziarahi mereka. Bukan mengada-ngada tunjuk dekat Facebook selfie kemain sokmo siap tulis ‘I love you mamma’ padahal dekat rumah, Neslo kau pun emak kau buatkan.

Pemalas, kau lupa kau sedang menghambakan emak kau sendiri. Udah itu, kau nak emak kau berdoa untuk kau pula? Dah kau fikir mudah untuk Tuhan makbulkan doanya buat anak seperti kau? Haih.

5. Doa kawan-kawan.

Jika kau ada kawan-kawan yang rapat dengan kau. Rajin-rajin kau minta dia berdoa untuk kau. Bukan susah pun, kau cakap sahaja dengan dia, “Hoi Zul, kau sembahyang nanti, kau doakan aku dapat kahwin tengah bulan ini. Aku serius.”

Lalu Zul pun bangunlah solat dan mendoakan kau. Apa susah? Ini sikit-sikit suruh si Zul itu belanja kau makan, kau kedekut ya ampun. Kau fikir ada Zul itu nak doakan kau? Ptuik.

6. Doa di Makkah, Madinah dan tempat-tempat yang dikatakan makbul doanya.

Apabila ada saudara mara, kawan serta sesiapa dalam Facebook ke sana, kau pun kirimlah doa kepada mereka.

Lalu mereka pun doakan kau. Kau pun suka apabila ia berjaya. Yang ini menjadi sokmo. Cumanya kawan-kawan, pergi ke sana bukan sekadar nak memohon hajat, pergilah juga untuk bertaubat. Cewah. Yang ini Mut ada buat baru-baru ini. Siap kasi testimoni. Haha.

7. Doa petunjuk.

Biasanya doa ini ada kaitan dengan menunaikan solat istikharah. Dan Tuhan akan berikan kau jawapan sama ada dua-tiga pilihan
kau itu mana satu yang paling betul untuk kau. Orang nak kahwin biasanya buatlah solat ini dan berdoa sungguh-sungguh. Masa itu dia takat doa untuk diri dia sahaja nak kahwin.

Lupa dia nak tambah dalam doa dia itu ayat, “Ya Allah, semoga jodoh yang ada di hadapanku ini menjadi penyedap mata dan hati buat ibu bapaku”. Yang inilah penguat kasih sayang woih. Sayang isteri, kena sayang emak ayahnya.

Sayang suami pun, kena sayang emak ayahnya juga. Walau kau menantu paling power dan ibu bapa mertua kau itu orang kampung dan tak terer macam kau, kau tetap kena hormat. Faham?

Ada banyak lagi jenis-jenis doa, contoh doa nak sembuhkan penyakit, doa tolak bala, doa nak beri hujan di kala kemarau. Semuanya ada untuk kita berbuat dan memohon dari Tuhan.

Dan kawan, sebelum kau berdoa bagai, kau kena ingat tentang satu hal yang teramat-amat penting, iaitu adab dengan Tuhan.

Jika kau berdoa sambil main game di telefon, sambil tengok Facebook, atau sekadar angkat tangan dan baca doa yang kau hafal dari sekolah itu, manalah Tuhan nak makbulkan doa kau.

Kau sedang meminta dengan Tuhan, Tuhan woih! Bukan dengan Ketua Kampung kau! Dan kau boleh relaks-relaks angkat tangan pun malas. Siap tongkat siku kau dekat peha yang semakin membesar dengan jayanya.

Baca doa pun soseh soseh punyalah laju kemain. Alasan kau, Tuhan tahu apa dalam isi hati kau. Aduhlah, memang Tuhan tahu semua, namun jika kau tak minta dengan betul, tak payah harap Tuhan akan kasi kau benda yang betul juga.

Satu hal lagi, tak payahlah nak kecoh beritahu satu dunia kau doakan itu ini kepada itu ini tentang itu ini. Doa itu hal yang kau hantar permohonan kepada Tuhan. Dan seeloknya biarlah menjadi rahsia sampai bila-bila. Melainkan kau jadi imamlah, kena baca kuat-kuat. Hihi.

Begitulah.

Semoga menjawablah soalan orang bisnes tentang doa ini. Haih, macam-macam hal. Dari kau pergi bayar mereka berdoa, baik kau hubungi Lutfi Lokman, beliau ada buat pakej umrah. Pergi sendiri sahaja ke Makkah dan Madinah, puas hati.

Terima kasih dan sekian.