Semalam tularnya satu video tentang sekumpulan gadis bertudung yang membawa anjing ‘berjalan-jalan’. Video berkenaan pula dirakam oleh seorang individu yang tidak dikenali.

Video berkenaan terus mendapat reaksi pelbagai daripada netizen dan reaksi negatif lebih banyak ditujukan kepada kumpulan gadis bertudung ini. Mereka dikecam, dituduh tidak tahu hukum agama kerana ‘membela anjing’.

Namun seorang doktor haiwan/veterinar, Dr.Afiq menjawab di laman Twitter tentang isu ini. Dalam statusnya, beliau menulis jika dilihat betul-betul video berkenaan, setiap gadis ini memakai kasut but dan kemungkinan besar sedang dalam tugasan.

Aktitivi walk the dog ini pula adalah satu perkara biasa kerana anjing boleh jadi aggressive jika tidak dibawa berjalan.

Ramai yang bersetuju dengan Dr.Afiq dan ramai juga yang berkata di tempat gadis itu berjalan-jalan, terletaknya animal shelter dan tidak mustahil kumpulan gadis-gadis ini sedang menjalankan tugasan yang sedang diberi.

Netizen pula memilih untuk membuat tuduhan serkap jarang tanpa mengkaji asas sebenar sesuatu video. Yang perlu dipersalahkan adalah orang yang merakam video ini. Apalah salahnya beliau turun dari kereta dan bertanya sendiri kepada kumpulan gadis ini apa yang sedang mereka lakukan.

Jika beliau tahu, pastinya tone video ini juga akan berubah. Ingatlah, di dalam Islam hukum memfitnah itu lebih besar bahayanya daripada membunuh. Jika bersentuhan dengan anjing dalam keadaaan basah pula, hukumnya hanya perlu basuh dengan air tanah.

Jadi selepas ini, jadilah netizen yang berhemah dengan membuat kajian terlebih dahulu sebelum mengecam sesuatu video atau gambar.