Sebenarnya sudah agak lama filem ini keluar di pawagam tetapi saya cuma berkesempatan untuk tonton filem ini semalam. Walaupun sudah agak lewat untuk membuat review filem ini tetapi saya tetap mahu buat kerana pada pandangan saya, ini adalah filem Marvel paling unik antara filem-filem Marvel yang lain.

Pada awal filem ini, saya juga agak ragu-ragu akan kemampuan Doctor Strange menarik penonton ke pawagam kerana jika dibandingkan dengan watak-watak Marvel yang lain, Doctor Strange agak underdog dan kurang dikenali. Tetapi jika di dalam Marvel Universe, Doctor Strange adalah antara watak penting kerana tidak ramai superhero Marvel yang boleh menggunakan kuasa magik.

strange-gifff

Review saya ini akan penuh dengan spoiler sebab saya assume ramai di antara anda telah menonton filem ini di pawagam kan? Jadi review ini adalah lebih kepada perkongsian tentang bagaimana watak Doctor Strange ini akan fit dalam siri filem Avengers yang akan datang.

Sinopsis Doctor Strange

Filem ini bermula dengan kehidupan Doctor Stephen Strange, seorang pakar bedah saraf yang sangat hebat. Beliau adalah seorang Doctor yang penuh dengan ego dan cuma akan mengambil kes berprofil tinggi yang boleh menaikkan nama beliau. Dalam perjalanan beliau ke satu majlis, beliau terlibat dalam satu kemalangan yang membuatkan beliau hilang keupayaan tangannya dan membuatkan beliau tidak dapat menjadi doktor bedah lagi.

Kerana terlampau terdesak untuk mendapat keupayaan tangan beliau kembali, beliau berjumpa dengan seorang bekas pesakit, Jonathan Pangborn yang dahulunya lumpuh tetapi dapat berjalan kembali selepas beliau menerima rawatan di Kamar-Taj. Maka bermulalah pengembaraan Strange ke Kathmandu, Nepal untuk menerima rawatan di Kamar-Taj. Di sana beliau menerima rawatan spiritual oleh Mordo dan The Ancient One.

Ancient One & Mordo
Ancient One & Mordo

Stephen Strange adalah seorang yang berfikiran logik dan tidak mempercayai sebarang konsep spiritual dan magik sehinggalah The Ancient One membuat beliau mempercayai dunia magik dengan membawanya ke dimensi yang lain dan astral plane. Dan dari peristiwa itu, Strange mendalami ilmu magik melalui pembacaan dan dapat mengawal magik dengan cepat kerana perasaan ingin tahu beliau yang kuat.

Strange mirip pelajar Ancient One yang kini sudah terpesong dengan kuasa jahat, Kaecilius. Kaecilius telah mencuri sebahagian dari buku sebuah buku kuno untuk membangkitkan Dormammu dari The Dark Dimension. Doctor Strange berjaya menyekat kebangkitan Dormammu menggunakan Eye Of Agamotto, relik purba yang membolehkan Doctor Strange mengawal masa perubahan masa.

Keunikan Doctor Strange

Di atas cumalah sinopsis ringkas berkenaan filem ini. Jadi di bahagian ini saya mahu kupas filem ini setakat yang saya faham. Doctor Stephen Strange adalah watak superhero yang dicipta oleh Steve Ditko yang membuat penampilan pertama dalam komik Strange Tales #110 pada July 1963.

dr-strange-1st

Paling menarik tentang filem ini adalah konsep filem ini sendiri. Jika anda lihat, ianya adalah seperti gabungan filem Inception & Harry Potter. Inception kerana ketika di dalam Mirror Dimension, The Ancient One dan Kaecilius bebas mengubah konsep muka bumi mengikut kesukaan mereka. Dan ini memang sesuatu yang hebat kerana saya sendiri memang peminat filem Inception. Harry Potter semestinya sebab penggunaan magik dalam filem ini. Konsep magik filem ini juga mirip filem
Sorceror’s Apprentice (Terima kasih Mohd Shakirin atas perkongsian).

strange

Kedua, details kecil yang terdapat dalam filem ini yang menghubungkan Doctor Strange dengan watak-watak Marvel yang lain. Menara Stark ada terselit dalam salah satu babak filem ini dan sebelum Doctor Strange terlibat dalam kemalangan, beliau menerima panggilan tentang seorang ‘kolonel berusia 35 tahun yang jatuh dari udara berpakaian perisai dengan keretakan tulang belakang’. Jika anda tengok Captain America: Civil War, kolonel itu merujuk kepada War Machine yang jatuh dari udara kerana menerima tembakan dari Vision(Thanks Kamal Mohammad atad pembetulan). Tetapi ianya cuma spekulasi kerana ada yang tidak menyokong pendapat ini kerana perbezaan dari segi timeline Marvel Cinematic Universe itu sendiri. Yang ini saya tidak mahu rungkai lebih lanjut tetapi anda boleh bacanya di sini.

Ketiga, salah satu Inifinity Stone kini adalah di bawah jagaan Doctor Strange. The Eye Of Agamotto adalah salah satu dari Infinity Stone yang dicari oleh Thanos, supervillain di dalam MCU. Kuasa Eye Of Agamotto adalah sesiapa yang memegang batu ini, akan mempunyai kuasa time bending, kuasa untuk mengawal masa. Tak sabar untuk tunggu perancangan Marvel bagaimana Thanos ingin mengumpul kesemua enam Infinity Stone ini nanti. Dalam filem Marvel yang manakah Thanos akan muncul dan mengumpul kesemua Infinity Stone ini? Pandai Marvel main perasaan tau.

Thanos bersama Infinity Gauntlet miliknya
Thanos bersama Infinity Gauntlet miliknya

Keempat, visual dan muzik dalam filem ini. Untuk visual dan Muzik, saya perlu beri markah penuh untuk filem ini. Mana tidaknya, muzik latar dan filem ini sangat sesuai dengan lokasi filem ini yang kebanyakkannya dirakam di Kathmandu,Nepal. Saya memang peminat muzik rock psikedelik yang sangat popular di tahun 60an dan 70an. Kalau anda peminat muzik Led Zappelin, Pink Floyd, Rolling Stones dan band-band di era ini, anda akan paham dan boleh relate muzik dan visual dalam filem ini. Ketika Strange berada di dimensi yang lain, memang penuh visual psikedelik yang memang buat anda kata, wow, awesome gila filem ini! Keluar sahaja pawagam, terus saya layan lagu Paint It Black oleh Rolling Stones. Padu beb!

Kelima, dua kredit ending dalam filem ini. Siapa yang keluar awal, anda memang rugi gila. Ending kredit pertama adalah pertemuan antara Strange dan Thor yang ingin mencari Loki di New York. Strange kini adalah guardian untuk New York Sanctum dan kemungkinan besar, Doctor Strange akan mempunyai peranan dalam filem Thor: Ragnarok! Cuma tidak tahu sebesar mana watak Doctor Strange dalam filem Thor nanti. Ending kredit kedua pula adalah berkenaan Mordo, yang merasa tertipu dengan The Ancient One dan beliau bertukar menjadi sorcerer’s slayer selepas insiden di Hong Kong. Pangborn merupakan mangsa pertama beliau. Mungkin ini teaser untuk filem kedua Doctor Strange?

Berdasarkan penerimaan baik terhadap filem ini di seluruh dunia (box office seluruh dunia lebih kurang USD500 juta), Doctor Strange berjaya sama seperti filem Guardians Of The Galaxy; filem gamble Marvel yang berjaya membawa pulangan lumayan untuk Marvel. Adunan cerita, aksi serta muzik yang perfect menjayakan Doctor Strange disamping Benedict Cumberbatch, aktor yang hebat dan versatile yang berjaya menjiwai watak ini dengan hebat sekali. Jadi kalau anda belum tonton filem ini di pawagam, silalah tonton filem ini kerana saya beri rating 9/10 untuk filem ini.