Marvel Studios melunaskan janji kepada peminat setia Marvel Cinematic Universe (MCU) semalam apabila melancarkan secara rasmi trailer rasmi pertama untuk filem Avengers: Endgame.

Trailer berkenaan nyata mengembirakan ramai pihak dan semua pun sudah tahu tajuk rasmi filem Avengers 4. Ramai yang cuba meneka tajuk Avengers 4 dan nampaknya pihak Marvel memilih Endgame untuk filem Avengers 4.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Namun tahukah anda sebenarnya Doctor Strange sudah beri hint tajuk Avengers 4 sejak Infinity War lagi? Ketika pertarungan dengan Thanos di Titan, dialog Doctor Strange ada menyebut tentang ‘endgame’.

Selepas melihat berjuta kebarangkalian cara untuk mengalahkan Thanos, Doctor Strange juga turut dapat melihat tajuk rasmi untuk Avengers 4. Pengarah Avengers, Joe Russo juga turut membuat satu mesej kriptik pada gambarnya yang turut memaparkan tajuk rasmi Avengers 4.

geek fact

Cool bukan? Dengan Iron Man masih tersangkut di angkasa lepas, Captain America menangis dan penampilan pertama Ronin, kami sudah tidak sabar untuk menonton filem ini hujung bulan April tahun hadapan.