Beberapa minggu yang lalu tularnya kisah PrinceMeed, seorang YouTubers yang terkenal dengan sajian video kandungan mengenai teori konspirasi Illuminati diganggu oleh entiti misteri di rumahnya dipercayai disebabkan kotak misteri dybbuk yang beliau beli di eBay pada September 2019.

Tambah menyeramkan, punca gangguan misteri itu berlaku pada awalnya adalah disebabkan PrinceMeed unboxing (nyah kotak) Dybbuk Box di dalam rumahnya sehingga menyebabkan rumahnya diganggu oleh entiti misteri. Proses membuka kotak misteri itu juga telah dirakam beliau dan dimuat naik ke platform YouTube.

Namun, terbaharu tular sebuah perkongsian di Twitter @Zuliana_Azira mengenai sebuah video di YouTube di mana seorang wanita yang berpengalaman bekerja sebagai penganalisis jenayah digelar ‘Doktor’ ini berkongsi satu teori dan mengatakan bahawa video PrinceMeed yang diganggu oleh entiti misteri hanyalah lakonan semata-mata demi meraih viewsĀ yang tinggi dan populariti.

Tiada butiran pos antarabangsa dan kerosakan pada kotak

BeFunky-collage (60)
Perbandingan antara kotak parcel antarabangsa setelah diterima dengan kotak pembungkusan dybbuk box yang dibeli PrinceMeed | Sumber: Youtube

Teori wanita ini ‘berasas’ di mana beliau berpendapat kotak parcel yang diterima dan segala isi yang ada dalam kotak dybbuk yang dibeli PrinceMeed hanya ‘rekaan semata-semata’.

“Jika dilihat pada kotak pembungkusan yang dibeli dari eBay dalam video PrinceMeed itu sangat bersih, kemas dan rapi. Sedangkan kita tahu kotak tersebut datangnya dari negara Chile. Kotak itu juga tiada menunjukkan bukti proses penghantaran antarabangsa.”

“Biasanya kotak akan mempunyai kesanĀ ‘worn out’Ā atau kemek apabila melalui proses penghantaran antarabangsa yang terlalu banyak. Menghairankan, kotak yang dibeli PrinceMeed itu tiada kesan seperti renyuk, kekotoran dan lebih-lebih lagi hujung bucu kotak yang kelihatan begitu sempurna.”

Menurut wanita misteri itu lagi, kotak yang dibeli daripada penghantaran antarabangsa ini selalunya dipenuhi dengan contengan informasi proses penghantaran sepertiĀ barcode,Ā pelekat pelepasan kastam dari negara asal dan negara dihantar, pelekat nombor tracking,Ā cop dari lapangan terbang dan banyak lagi.

“Jika dilihat pada kotak PrinceMeed itu hanyalah sehelai kertas yang ditampal dengan contengan pen dan langsung tiada satu pun pelekat-pelekat yang berkaitan pos antarabangsa dan saya percaya ianya hanyalah buatan PrinceMeed sendiri.”

Ruang kosong dalam kotak tidak merosakkan kotak parcel

BeFunky-collage (61)
Ruang kosong yang tidak merosakkan kotak pembungkusan. | Sumber: YouTube

Tambah menguatkan teori, wanita itu juga mengatakan terdapatnya ruang kosong dalam apabila PrinceMeedĀ unboxing.Ā Jika ada ruang kosong di dalamnya, tidak mustahil untuk kotak itu rosak disebabkan bertindih dengan kotak pembungkusan yang lain.

Wanita tersebut dengan seriusnya telah mengkaji beberapa keratan gambar yang berkaitan dybbuk box atau kotak jin yang dibeli oleh PrinceMeed di eBay. Mengejutkan apabila wanita tersebut menjelaskan kenyataan bahawa kotak dybbuk itu dicipta oleh PrinceMeed sendiri.

Kotak dybbuk merupakan kotak peti surat Malaysia yang diubah suai

BeFunky-collage (64)
Penggunaan teknologi image tracing membuktikan bahawa kotak tersebut adalah peti surat yang biasa ada di Malaysia. | Sumber: YouTube

“Kotak dybbuk itu saling tidak tumpah dengan ciri-ciri yang ada pada kotak peti surat yang biasa terjual di Malaysia. Jika dilihat secara teliti, kotak tersebut diubah untuk menjadi sedikit usang dan nampak menakutkan,”

“Jika di Amerika, kotak surat mereka jenis ‘Classic Outdoor Stand Mailbox’ dan berbeza dengan di Asia.”

Menurut wanita misteri itu lagi, shushi mat (peralatan untung menghasilkan shushi)
dilekatkan pada kotak dybbuk PrinceMeed dan beliau membuktikan di mana terdapatnya jalur benang yang biasa ada pada shushi mat.

BeFunky-collage (65)

Tiada pembalut bubble wrapĀ namun barangan kaca dan kristal tidak pecah

 

Teori wanita itu juga diperkuatkan dengan bebola kristal yang ada dalam kotak dybbuk itu langsung tidak retak dan pecah walaupun tiada pembalut plastik bubbleĀ yang dibalut pada kotak tersebut.

“Jika dilihat pada telur plastik berwarna emas itu mengingatkan saya kepada bunga telur hiasan yang sering digunakan untuk majlis-majlis di Malaysia. Ini membuktikan bahawa kesemua barang termasuk kotak pembungkusan dan kotak dybbuk adalah bahan yang biasa ada di Malaysia.

Namun, apabila ditanya oleh seorang temu ramah mengenai isu gangguan yang dialami oleh PrinceMeed sebaik sahaja membuka kotak tersebut, wanita misteri berkenaan tidak membidas apa-apa pun teori mengenainya. Tugasan beliau di sini hanyalah untuk mengkaji kesahihan kotak dybbuk yang dibeli oleh PrinceMeed bersama teori logik berdasarkan pengetahuan beliau.

“Saya pasti ramai yang akan kecam saya. Bukan niat saya untuk menjatuhkan rezeki PrinceMeed. Realiti kehidupan itu terletak di tangan Allah dan penipuan semuanya adalah aturan manusia.”

Sesungguhnya manusia sememangnya tidak lari daripada membuat kesilapan. Jika benar video PrinceMeed ini ianya hanyalah satu rekaan, anggaplah ia sebagai hiburan bagi anda yang suka menonton konten-konten misteri di YouTube.

Benarkah kotak dybbuk punca rumah PrinceMeed diganggu oleh entiti misteri? Klik pautan di bawah untuk membacanya.

Mungkinkah ā€˜Kotak Berhantuā€™ Ini Jadi Penyebab PrinceMeed Diganggu Entiti Misteri?

Disangka Miliki Semangat ‘Mistik’, Pencipta Dybbuk Box Jelaskan Perkara Sebenar

Sumber