Siapa sangka bermula dengan tujuan kebersihan, doktor dari Malaysia ini berjaya menghasilkan sebuah tudung pakai buang pertama khusus buat doktor Muslim di United Kingdom.

Segalanya bermula apabila pencipta tudung pakai buang ini iaitu Dr Farah Roslan secara hormatnya telah disingkirkan daripada bilik pembedahan di Royal Derby Hospital selepas dikatakan tudung yang dipakai tidak ideal dan bersih untuk dipakai selepas beberapa jam digunakan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
PRI_112473386-e1576686505869
Sumber: Metro

Memahami situasi bilik pembedahan yang sentiasa mementingkan kebersihan serta mahu mematuhi syariat sebagai seorang Muslim, Dr Farah Roslan tampil memperkenalkan tudung pakai buang khusus untuk penggunaan doktor di UK.

Difahamkan beliau mendapat idea untuk menghasilkannya selepas membuat carian material tudung serta warna yang sesuai di Malaysia sebelum memperkenalkannya secara rasmi di UK.

PRI_112473407-e1576686340825
Sumber: Metro

Pengenalan tudung pakai buang ini sekaligus berjaya mendapat pengesahan di UK sekaligus bakal memberi peluang buat doktor di UK untuk tidak menanggalkan tudung semasa melakukan pembedahan. Tahniah diucapkan diatas hasil usaha Dr Farah Roslan dalam mengahsilkan tudung pakai buang yang sekaligus menaikkan nama Malaysia.

Turut dikongsikan kisah kejayaan seorang pelajar Malaysia yang berucap depan 6,000 orang pada hari graduasi di Amerika Syarikat. Selain itu, graduan tempatan ini berjaya menjadi inspirasi ramai setelah memiliki syarikat runner bernilai RM1 juta.

Netizen Bangga Lihat Pelajar Malaysia Ini Berucap Depan 6,000 Orang Pada Hari Graduasi Di Amerika Syarikat

Pelajar Cemerlang UNISZA Ini Miliki Syarikat ‘Runner’ Bernilai RM1 Juta

Sumber