Seorang pakar kardiologi di Amerika Syarikat, Dr Peter McCullough telah mengeluarkan satu kenyataan yang mengelirukan mengenai program vaksinasi COVID-19 di Malaysia. Dalam satu video yang sudah dikongsi ramai sejak 25 September 2021 itu, beliau menyatakan bahawa vaksin di negara ini tidak selamat dan mewujudkan mutasi virus. Menurut AFP, dakwaan itu sudahpun disangkal oleh beberapa pakar dan menurut mereka, ia adalah dakwaan yang mengelirukan.

Di dalam video berdurasi sepanjang sembilan minit tujuh saat itu, McCullough yang terkenal kerana sering mempromosikan maklumat yang salah dan mengelirukan antaranya mendakwa bahawa pesakit COVID-19 yang berumur di bawah 50 tahun tidak memerlukan rawatan, pesakit yang pulih mempunyai risiko untuk dijangkiti wabak semula, dan wabak itu tidak akan merebak jika seseorang itu tidak mempunyai gejala.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

AFP dalam laporan panjang lebarnya menafikan setiap dakwaan McCullough. Media yang bertapak di Perancis itu berkata bahawa sebelum ini mereka pernah menafikan dakwaan McCullough bahawa vaksin mencipta mutasi virus. Fakta ini turut disokong oleh Scott Halperin, pengarah Pusat Vaksinologi Kanada, di mana dia berkata apabila masyarakat mencapai tahap imuniti yang tinggi melalui program vaksinasi, risiko kemunculan varian baharu akan berkurang kerana bilangan individu yang terdedah kepada wabak menurun.

Dakwaan McCullough bahawa mereka yang dijangkiti wabak tanpa sebarang gejala tidak akan mampu menyebarkan COVID-19 juga adalah salah. Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menyatakan bahawa orang yang dijangkiti tanpa gejala masih boleh menularkan wabak. “Sama ada mereka mempunyai simptom atau tidak, orang yang dijangkiti boleh berjangkit dan wabak itu boleh merebak daripada mereka kepada orang lain,” menurut laman web WHO.

Selain itu, dakwaan McCullough bahawa vaksin mRNA, yang dibuat oleh Pfizer/BioNTech dan Moderna, mungkin ‘meningkatkan risiko miokarditis (keradangan otot jantung)’ juga menyimpang dari apa yang disampaikan oleh pakar. Melalui kajian yang dilakukan, miokarditis jarang berlaku selepas seseorang itu divaksin dan lebih banyak berlaku selepas jangkitan COVID-19. Pesakit dengan COVID-19 mempunyai hampir 16 kali ganda risiko untuk berhadapan dengan miokarditis berbanding pesakit yang tidak mempunyai COVID-19, seperti yang dijelaskan dalam laporan CDC ini.

Sehingga 16 November 2021, COVIDNOW menunjukkan lebih 76.1 peratus rakyat Malaysia sudah mengambil vaksin COVID-19. Sejak itu, Malaysia telah meluluskan tujuh vaksin COVID-19: Moderna, Pfizer/BioNTech, Johnson & Johnson (J&J), AstraZeneca, Sinovac, Sinopharm dan CanSino. Para saintis di seluruh dunia secara meluas mempromosikan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan kemungkinan dijangkiti wabak atau mati akibat pesakit itu.

Menteri Indonesia ‘claim’ situasi COVID-19 di negaranya lebih baik berbanding di Malaysia dan Singapura. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Menteri Indonesia ‘Claim’ Situasi COVID-19 Di Negaranya Lebih Baik Berbanding Malaysia Dan Singapura

Lelaki Ini Dedah Punca Ramai Bangsa Cina Di Alor Setar Positif COVID-19

Tiga Pekerja Diuji Positif, China Beri Amaran Wabak COVID-19 Pada Parcel