Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Seorang doktor haiwan telah menjadi mangsa pertama di China yang mati setelah dijangkiti jangkitan virus yang disebut sebagai virus monyet. Sebelum meninggal, doktor tersebut mengalami demam, mual, muntah, dan gejala neurologi yang hampir serupa dengan COVID-19.

Doktor haiwan berusia 53 tahun yang meninggal dunia tersebut adalah kes pertama melibatkan manusia di China yang dikesan daripada wabak yang disebut sebagai virus monyet B, lapor The Washington Post.

Mangsa adalah pakar bedah veterinar di sebuah institusi yang berpusat di Beijing. Beliau dikatakan pakar dalam penyelidikan eksperimental pada primata bukan manusia.

Pada awal Mac, doktor tersebut dikatakan membedah dua monyet mati. Sebulan selepas pembedahan tersebut, dia mengalami demam, mual, muntah dan gejala neurologi. Walaupun sempat dimasukkan ke hospital, lelaki itu disahkan meninggal dunia pada 27 Mei 2021.

Setelah didiagnosis, didapati doktor terbabit dijangkiti virus monyet B, juga dikenali sebagai virus B. Pakar menjumpai wabak ini di dalam darah dan air liur lelaki terbabit. Manakala dua lagi pembantu doktor tersebut didapati negatif. Virus ini biasanya menjangkiti monyet dan jarang menjangkiti manusia, lapor US News.

Menurut Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit AS (CDC), sejak virus itu ditemukan pada tahun 1932, hanya ada 50 kes wabak ini melibatkan manusia. “Dari 50 orang yang dijangkiti, 21 telah mati,” kata CDC. Wabak ini dikatakan menjangkiti manusia melalui sentuhan dengan monyet, seperti apa yang terjadi terhadap doktor haiwan terbabit.

Kemunculan virus monyet ini mengingatkan para penyelidik mengenai penyebaran virus COVID-19 yang berasal dari haiwan. “Coronavirus baru ini diduga muncul dari haiwan tetapi virus monyet yang menjangkiti manusia masih belum diketahui,” kata Dr. Nikolaus Osterrieder, dekan Jockey Club College of Veterinary Medicine and Life Sciences di Hong Kong, memberitahu The Washington Post.

Pegawai kesihatan China mengatakan bahawa laporan baru itu menunjukkan virus itu boleh menjadi ancaman serius bagi mereka yang bekerja dengan monyet. Oleh itu, adalah perlu untuk meningkatkan pengawasan di makmal dan penyelidik yang bersentuhan dengan monyet.

G4 dikesan di China, wabak selsema babi jenis baru yang berpotensi jadi pandemik. Klik pautan di bawah untuk membaca.

G4 Dikesan Di China, Wabak Selsema Babi Jenis Baru Yang Berpotensi Jadi Pandemik

Malaysia Antara 19 Negara Yang Berpotensi ‘Hancur’ Akibat Wabak COVID-19, Lapor Data Antarabangsa

Anda Mungkin Suka