Doktor di Perancis memohon maaf pada Jumaat lalu kerana mencadangkan vaksin untuk COVID-19 diuji dahulu kepada penduduk Afrika, kenyataan tersebut telah mencetuskan kecaman di media sosial, lapor Reuters.

Jean-Paul Mira, ketua unit rawatan intensif di hospital Cochin di Paris, memberi pandangan beliau pada Rabu lalu semasa diwawancara dengan saluran televisyen Perancis LCI.

Daiichi First 7 Plus Car Seat – Copy
HYPE
Kerusi Kereta Bayi Daiichi Lengkap Dengan Ciri Keselamatan Terbaik Pilihan Ibu Bapa
Baca lagi →

Turut bersama dengan beliau adalah Pengarah penyelidikan, Camille Locht yang sedang membincangkan mengenai vaksin jenis BCG tuberkulosis yang sedang dibangunkan oleh beberapa negara Eropah dan Australia.

“Jika saya boleh bersifat provokatif, bukankah wajar kami menjalankan kajian ini di Afrika, di mana mereka tiada topeng muka, rawatan atau rawatan intensif, seperti mana yang dilakukan untuk kajian AIDS atau ke atas GRO?

“Kami boleh cuba kerana kami tahu mereka amat terdedah dan juga tidak melindungi diri sendiri,” kata Mira.

Locht turut bersetuju dengan cadangan tersebut : “Betul. Kami dalam proses untuk memikirkan kajian yang selaras di Afrika, bukan untuk elak menjalankan kajian yang sama di Eropah dan Australia.”

Namun komen itu telah mencetuskan kemarahan di media sosial.

Bintang bola sepak Ivory Coast, Didier Drogba, menulis di Twitter. “Afrika bukan sebuah makmal ujian. Saya tolak sekeras-kerasnya dakwaan itu yang tidak benar dan berunsurkan perkauman.”

Dalam satu kenyataan pada hari Jumaat, majikan Mira, Hospital Paris telah mengemukakan permohonan maaf kepada umum.

“Saya ingin kemukakan segala permohonan maaf kepada mereka yang gusar, kecewa dan terhina dengan komen yang saya buat tanpa memikirkannya dahulu,” kata Mira.

Untuk bacaan lanjut mengenai COVID-19, klik pautan di bawah.

COVID-19 Mampu Tersebar Melalui Pernafasan, WHO Galakan Orang Ramai Memakai Topeng Muka

Gelombang Baharu Kes COVID-19, Kerajaan India Buru Jemaah Tabligh

Anda Mungkin Suka