Mulai muncul pada akhir tahun lalu, nampaknya sehingga kini orang ramai masih belum mempunyai maklumat penuh mengenai kesan wabak COVID-19 kepada badan manusia.

Jika di New York, didapati wabak COVID-19 mampu membuat mereka yang sebelum ini menjalani kehidupan yang sihat secara tiba-tiba mengalami penyakit strok, lain ceritanya di China apabila dua doktor didapati warna kulit mereka berubah dengan drastik selepas pulih daripada wabak COVID-19.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dr Yi Fan dan Dr Hu Weifeng ini dilaporkan dijangkiti wabak COVID-19 sewaktu membantu merawat pesakit COVID-19 di Wuhan Central Hospital Januari lalu. Difahamkan perubahan warna kulit yang drastik ini disebabkan organ hati kedua-dua doktor ini mengalami masalah melibatkan hormon yang berpunca daripada kesan sampingan ubat yang digunakan pada proses rawatan awal.

Doctor 2 Wuhan COVID-19
Sumber: Metro

Keadaan warna kulit kedua doktor ini dijangka akan pulih semula apabila hormon pada organ hati mulai berfungsi dengan baik.

Setakat ini, meskipun kedua-dua doktor ini sudah pulih daripada COVID-19, mereka masih lagi diminta untuk berada di hospital berikutan keadaan kesihatan yang masih kurang stabil. Selain itu, mereka turut diberikan sokongan mental disebabkan masalah melibatkan trauma yang berlaku diri mereka.

Untuk pengetahun, kedua-dua doktor ini merupakan doktor yang turut bekerjasama dengan Dr Li Wenliang yang merupakan penemu awal wabak COVID-19. Beliau walau bagaimanapun diminta untuk mendiamkan diri oleh pihak berkuasa Wuhan sebelum diketahui oleh pihak kerajaan China.

P/S: Jangan lupa pakai topeng muka ketika keluar rumah. Jika anda sedang mencari, tekan di sini kerana MR.DIY akan beri potongan harga RM10 untuk setiap pembelian sekotak topeng muka (50s). Cepat sebelum kehabisan stok.

Buat anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kes Dr Li Wenliang, anda boleh klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Doktor Yang Dilarang Sebar Kes COVID-19 Kini Terima Penghargaan Tertinggi Kerajaan China

Taiwan Dakwa WHO Bersubahat Dengan China Sempena Pandemik COVID-19

Sumber