Baru-baru ini tular tentang topik ikan singgang yang didakwa boleh menjadi penyembuh kepada wabak COVID-19 yang sedang melanda dunia masa ini.

Walaupun penjelasan telah diberikan, namun masih terdapat sebilangan besar masyarakat yang masih tidak jelas dengan perkara tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Seperti kebiasaannya bila berlaku sesuatu isu, ia akan menjadi tanggungjawab pengamal media terutamanya wartawan bagi mendapatkan jawapan yang sahih daripada mereka yang pakar.

Bagaimanapun, soalan berkenaan ikan singgang yang dikemukakan oleh salah seorang wartawan penyiaran baru-baru ini menjadi kecoh selepas seorang doktor mempersoalkan kenapa perlunya dia bertanya soalan itu ketika di sidang media.

photo_2020-03-11_11-49-36

Untuk rekod, soalan ‘ikan singgang’ itu dilontarkan ketika sidang media yang dihadiri Ketua Pengarah Kesihatan baru-baru ini oleh seorang wartawan penyiaran TV3.

Beliau kemudiannya tampil memberikan penjelasan kenapa soalan itu ditanya ketika sidang media tersebut.

photo_2020-03-11_11-59-51

Menjelaskan tindakannya itu, Ali berkata dia bertanyakan soalan tersebut kerana perlu mendapatkan pengesahan daripada pakar yang terlibat dan menyampaikan maklumat tersebut kepada masyarakat.

Rata-rata netizen yang mengulas mengenai isu berkenaan juga bersetuju dengan tindakan Ali yang bertanyakan soalan tersebut.

photo_2020-03-11_12-06-05

photo_2020-03-11_12-09-01

Bukan saja menyokong tindakan wartawan itu yang bertanyakan soalan tentang keraguan dalam kalangan masyarakat kita itu, ada juga netizen yang berpendapat tindakan bertanyakan soalan adalah perlu dalam dunia kewartawanan.

Tambah mereka lagi, wartawan juga tidak boleh sewenang-wenangnya menulis sesuatu yang mereka tidak tahu tanpa mendapatkan pandangan daripada pakar berkenaan.

photo_2020-03-11_12-16-14 photo_2020-03-11_12-16-10 photo_2020-03-11_12-16-06

Netizen juga berpendapat soalan itu juga patut dilontarkan bagi memberikan penjelasan sebenar mengenai dakwaan itu terutamanya kepada masyarakat luar bandar yang menjadikan berita di TV sebagai sumber informasi mereka.

Seperti yang kita ketahui, bukan semua masyarakat di luar bandar aktif di media sosial dan mendapatkan maklumat mengenai kesahihan mengenai sesuatu isu melalui platform itu seperti yang diamalkan oleh golongan lebih muda.

photo_2020-03-11_12-38-48 photo_2020-03-11_12-38-44

Dr Amalina yang sebelum ini sering menjawab persoalan-persoalan berkenaan isu kesihatan di laman Twitter juga turut memberikan pandangan beliau mengenai perkara tersebut.

Sambil menyifatkan media dan pakar perubatan perlu saling melengkapi terutamanya dalam memberi info dan maklumat kesihatan kepada masyarakat umum.

Tambahnya, apa yang penting adalah semua pihak bekerjasama berganding bahu demi memastikan kepentingan kesihatan rakyat.

Apa pula pandangan mengenai perkara ini? Adakah tindakan wartawan penyiaran yang bertanyakan soalan tentang ikan singgang itu patut atau tidak?

Bagi anda yang terlepas untuk membaca dakwaan ikan singgang boleh menyembuhkan COVID-19 sebelum ini, klik pautan di bawah untuk membaca perkongsian kami sebelum ini. 

Dakwaan Ikan Singgang Sembuhkan COVID-19, Ini Penjelasan Sebenar Pensyarah UMT

Situasi Sebenar Khemah Saringan COVID-19 Di Malaysia Yang Ramai Tidak Tahu

Dalam Pada Ketakutan Pakar, Lebih 50,000 Pesakit COVID-19 Berjaya Dipulihkan