Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Seorang doktor di Amerika Syarikat menceritakan pengalamannya menjaga pesakit COVID-19. Katanya, kebanyakkan pesakit yang sudah berada di hujung nyawa selalu merayu kepadanya untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Dr Brytney Cobia yang berasal dari Alabama telah menceritakan sisi lain pesakit COVID-19 seperti yang dilaporkan oleh Lad Bible. Di mana dia menggambarkan bahawa adegan itu begitu memilukan untuk beliau hadapi sebagai orang terakhir yang berada bersama pesakit.

Pesakit-pesakit ini sebelum mereka ditidurkan selalu merayu kepadanya untuk mendapatkan vaksin, dia menyatakan bahawa dia terpaksa memberitahu mereka bahawa ‘sudah terlambat’ untuk mereka menerima vaksin.

Di dalam catatannya, Dr Brytney mengatakan bahawa kebanyakan pesakit adalah orang muda yang ditahan di hospital akibat wabak COVID-19 yang serius. “Salah satu perkara terakhir yang mereka minta sebelum ditidurkan adalah meminta untuk mendapatkan vaksin,” katanya.

I've made a LOT of progress encouraging people to get vaccinated lately!!! Do you want to know how? I'm admitting young…

Posted by Brytney Cobia on Sunday, July 18, 2021

“Saya memegang tangan mereka dan memberitahu mereka bahawa saya minta maaf, tetapi sudah terlambat. Beberapa hari kemudian, ketika saya mencatat masa kematian, saya memeluk ahli keluarga mereka.

“Saya memberitahu mereka cara terbaik untuk menghormati orang yang mereka sayangi adalah dengan mengambil vaksin dan mendorong semua orang yang mereka kenal untuk melakukan hal yang sama.

“Mereka menangis. Dan mereka memberitahu saya bahawa mereka tidak tahu. Mereka fikir [vaksin] adalah tipu. Mereka fikir ia adalah politik. Mereka fikir, mereka mempunyai jenis darah atau warna kulit tertentu, mereka tidak akan jatuh sakit,” kata Dr Brytney.

Catatan doktor ini mendapat perkongsian ramai di Facebook. Tujuan beliau menceritakan sisi lain yang tidak pernah didengar oleh orang adalah kerana dia mahu semua orang sedar sebelum terlambat.

Vaksin bukanlah ubat, tetapi vaksin adalah jalan ikhtiar lain untuk kita menyelamatkan diri dari kematian yang sia-sia.

Di Malaysia sahaja, pengaruh kumpulan anti-vaksin semakin membiak tajam. Walaupun pelbagai usaha daripada kerajaan untuk memberi pendedahan, tetapi semuanya tidak diambil peduli.

Lebih parah lagi, mereka lebih percaya kepada kertas kajian atau teori konspirasi yang belum tahu hujung pangkalnya benar. Manakala yang lain pula menuduh kebanjiran pesakit di hospital adalah wayang yang cuba dicipta untuk buat orang percaya.

Untuk rekod, setakat hari ini lebih 18 juta rakyat Malaysia yang berdaftar untuk mendapatkan vaksin. Manakala sebahagian negeri seperti Kuala Lumpur, Labuan, Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perlis, Sarawak dan Selangor menunjukkan pendaftaran melebihi 80 peratus. Bagi pemberian vaksin pula yang melibatkan dos 1 dan 2. Malaysia setakat ini mencatatkan lebih 15 juta pemberian vaksin.

430 hari tanpa kes baharu, rahsia Brunei menang melawan COVID-19. Klik pautan di bawah untuk membaca.

430 Hari Tanpa Kes Baharu, Rahsia Brunei Menang Melawan COVID-19

Dengan Kehadiran COVID-19 Varian Delta, Ramalan Bill Gates Pada December 2020 Didakwa Benar

Orang Ramai Tak Ikut SOP Punca Kes Positif COVID-19 Meningkat Di Kedah, Kata Menteri Besar

Anda Mungkin Suka