Tindakan seorang doktor yang mendakwa bahawa perempuan ‘memang diciptakan banyak bercakap’ nampaknya tidak boleh diterima oleh sesetengah pengguna maya, terutamanya golongan wanita.

Dalam satu hantaran di laman Twitter miliknya, Dr. Samhan menceritakan tentang seorang pesakit wanita yang berada dalam tekanan. Kemudian Dr. Samhan mengatakan bahawa antara cara untuk hilangkan tekanan adalah dengan meluahkan apa yang terpendam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagi beliau, tekanan perlu dialir keluar dari badan agar ia tidak melarat dan memberi kesan kepada manusia.

“Mengikut kajian, wanita perlu berbicara dianggarkan 25,000 patah kata sehari berbanding lelaki hanya 7,000 perkataan sahaja.

“Nasihat saya pada suami, pinjamkan telinga dan bahu kalian. Biarkan mereka berbicara dan habiskan kouta patah perkataan dengan tenang,” katanya.

Beliau kemudian menyambung, “Mereka memang dicipta untuk bercakap dan kita dicipta untuk melengkapi mereka.”

Tindakan Dr. Samhan melabel wanita memang diciptakan untuk bercakap nampaknya tidak dapat diterima oleh sesetengah wanita. Mereka juga menyangkal kertas kajian yang dinyatakan oleh Dr. Samhan.

Dalam satu ciapan balas, seorang pengguna maya dengan nama Dalila Atiqah menyangkal dakwaan Dr. Samhan. Kata Dalila, beliau kecewa dengan dakwaan Dr. Samhan yang memberi fakta yang terpesong.

Beliau yang meminta Dr. Samhan untuk menyemak semula dakwaannya turut memuat naik satu lagi kajian yang mendakwa bahawa lelaki dan perempuan sebenarnya bercakap dalam jumlah yang sama.

Dalam kajian tersebut, ia menyatakan bahawa lelaki dan perempuan menggunakan jumlah perkataan yang hampir sama setiap hari iaitu 16,215 untuk perempuan manakala 15,669 untuk lelaki.

Bagaimanapun, terdapat juga sebilangan orang yang bersetuju dengan Dr. Samhan. Kata mereka kebanyakan lelaki kurang bercakap kerana mereka lebih suka memendam dan menganggap apa yang nak diperkatakan itu hanyalah sesuatu yang remeh.

Selain itu terdapat juga sebahagian wanita yang mengakui bahawa mereka memang kuat bercakap, manakala pasangan mereka pula lebih banyak diam atau mendengar apa yang diperkatakan oleh mereka.

https://twitter.com/Crynaux/status/1543799800503476226

Wajah seiras tanda jodoh, doktor rungkai fakta mengapa wajah kita mirip pasangan. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Wajah Seiras Tanda Jodoh, Doktor Rungkai Fakta Mengapa Wajah Kita Mirip Pasangan

Adakah Kopi Mampu Kurangkan Risiko Jangkitan COVID-19? Ini Penjelasan Saintis