Meskipun sudah memasuki tahun 2019, masih ada lagi pihak yang menjalankan operasi perubatan tidak bertauliah secara berleluasa. Malah, aktiviti ini dilakukan secara terang-terangan tanpa rasa bersalah serta sempat mempromosikan ‘business’ mereka melalui posting atau status yang dimuat naik di media sosial.

Walaupun amaran dan nasihat telah diberikan oleh pengamal perubatan mengenai bahaya dan risiko yang bakal dihadapi oleh pesakit yang menerima rawatan daripada doktor palsu ini tetapi ramai yang tidak mengendahkan nasihat tersebut. Maka, ‘mereka’ yang tidak bertauliah ini semakin berani menunjukkan belang.

S10
HYPE
Rakam Video Dan Terus Sunting, Ini Kelebihan Samsung Galaxy Note10 Untuk Anda Yang ‘On The Go’
Baca lagi →

Terbaharu, seorang pengguna Twitter, Doktor Afizudin melalui akaunnya @siraaplimau tampil bersuara untuk menyedarkan orang awam tentang bahaya operasi ‘Fake Dentist’ ini. Menurut beliau, trend sebegini seharusnya dihentikan kerana perbuatan tersebut sangat tidak beretika dan menyalahi undang-undang.

Beliau juga kesal dengan sikap ‘Fake Dentist’ tersebut yang seolah-olah merendahkan martabat dan menghina usaha golongan profesional seperti doktor gigi bertauliah yang perlu bertungkus-lumus serta berhabis ribuan ringgit untuk mendapatkan kelayakan dalam bidang pergigian tetapi ‘Fake Dentist’ ini dengan mudahnya set up klinik gigi di rumah tanpa prosedur yang betul.

Perkongsiannya di Twitter ini mendapat respon positif daripada netizen yang turut tidak bersetuju dengan kewujudan doktor gigi palsu di pasaran. Ada juga netizen yang berkongsi cara untuk membuat laporan sekiranya anda mengetahui ada pihak yang menjalankan operasi pergigian yang tidak beretika.

Semoga perkongsian daripada doktor gigi bertauliah ini dijadikan iktibar supaya jangan jadikan diri anda mangsa penipuan oleh doktor gigi tidak bertauliah. Jika anda perlukan rawatan, boleh terus ke klinik Doctor Afizudin di Kal Dental Clinic, Wangsa Maju atau mana-mana klinik gigi lain yang berdekatan anda.

Untuk pengetahuan anda, ada satu platform yang anda boleh gunakan untuk bertanyakan soalan mengenai kesihatan dan dijawab oleh pakar. Klik link di bawah untuk mengetahui lebih lanjut.

#MedTweetMy: Startup Geng Doktor Guna Laman Sosial Atasi Kekeliruan Masyarakat

Kerana Tohmahan Orang, Seorang Doktor Menulis ‘Biarlah Kita Viral Di Langit’

Bagaimana Atasi Nafas Berbau Busuk Dengan Betul

Anda Mungkin Suka