Bercakap tentang adat kepercayaan, setiap kaum di Malaysia memiliki adat kepercayaan yang berbeza. Akan tetapi, ada beberapa adat yang pernah diamalkan dahulu kala masih lagi diamalkan sekarang sebenarnya menyalahi akidah.

Pasti ada segelintir daripada anda yang tertanya-tanya jika ada lagi yang mengamalkan perkara sedemikian. Bagaimana jika kami katakan masih ada golongan tersebut?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terbaharu, Dr Farah Wahida Mohamad yang merupakan seorang doktor di Hospital di Kedah telah berkongsi di Facebook dimana beliau sering jumpa bayi Muslim yang dipakaikan benang hitam hampir setiap minggu. Pada dahulu kala, bayi dipakaikan benang hitam kerana dipercayai dapat melindungi dan mengelakkan bayi daripada kerap menangis.

Screenshot 2019-09-29 at 1.38.29 PM

Hal ini kelihatan biasa tetapi sebenarnya ia melanggar syarak. Menurut beliau, kebanyakan ibu bapa yang ditanya kenapa mengikat tali hitam pada tangan atau perut pada bayi mereka menjawab orang tua mereka yang mengikat tanpa ketahui sebabnya.

Malah, ada juga yang memakaikannya kerana anak kerap menangis dan ada juga yang memakaikan pada bayi untuk merawat cacing. Untuk pengetahuan anda, hukum memakaikan tali hitam tersebut pada bayi adalah haram bagi orang beragama Islam jadi tanggalkanlah segera.

Oleh itu, jika bayi anda kerap menangis, bawalah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan kerana mungkin bayi anda jenis yang mudah kembung perut atau colic. Malah, ada bayi yang beliau jumpa ada binatang sekenit dalam telinga bayi sebab itu bayi menangis tidak berhenti.

Bagi anda yang tidak tahu, bayi yang berumur kurang 6 bulan dan belum makan makanan solid sukar dijangkiti cacing melainkan rumah sangat kotor. Kenapa? Jika bayi sudah mula weaning, risiko untuk dijangkiti cacing hanya jika termakan makanan yang tidak dimasak dengan sempurna, atau bayi yang mula berjalan dan dibiarkan berjalan atas tanah atau permukaan kotor.

Bagi anda yang ingin tahu lebih lanjut tentang dalil tali hitam ini, boleh rujuk di sini. Bagi ibu bapa yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi, tahukah anda cara untuk basuh uri dengan betul?

6 Langkah Dan Cara Basuh Serta Uruskan Uri Bayi Untuk Rujukan Bakal Ayah

Anak Kekal Selamat Walaupun Kereta Terbalik, Wanita Ini Kongsi Pentingnya ‘Car Seat’