Seorang doktor di Meerut, Uttar Pradesh, India, ditipu oleh sekumpulan lelaki apabila dia bertindak membeli lampu Aladdin yang dikatakan mampu untuk mengeluarkan jin bagi mengaburkan segala permintaannya.

Lampu Aladdin yang bernilai pada USD$200,000 (RM430,000) dengan wang pendahuluan sebanyak AS$41,600 (RM172,766) dibeli oleh doktor terbabit dari dua lelaki yang bernama Islamuddin dan Anees, dilaporkan bahawa mereka telah ditangkap oleh pihak berkuasa, lapor Astro Awani.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sindiket penipuan ini bermula ketika seorang doktor bernama Laeek Khan menemui seorang pesakit bernama Sameena di rumahnya untuk membalut lukanya selepas proses operasi.

Ketika berada di rumah pesakit, dia bertemu dengan Islamuddin yang mengaku memiliki kuasa sihir. Islamuddin kemudian memberitahu Khan bahawa dia mampu untuk menjadikannya kaya melalui jin yang dapat mengabulkan segala permintaan.

Selepas pertemuan pertama itu, Islamuddin memperkenalkan Khan kepada Anees. Islamuddin dan Anees kemudian menawarkan kepada Khan lampu Aladdin terbabit.

Khan kemudian bersetuju untuk membelinya, tetapi secara ansuran. Mereka bertiga membuat perjanjian bahawa Khan hanya boleh menyentuh Lampu Aladdin ketika ansuran itu diselesaikan.

Setelah beberapa lama dan bayaran ansuran juga sudah dijelaskan. Khan ingin menyentuh lampu Aladdin terbabit, tetapi permintaannya ditolak oleh Islamuddin.

Alasan Islamuddin adalah bahawa menyentuh Lampu Aladdin sebelum bayaran penuh dilunaskan hanya akan membawa perkara buruk kepada Khan. Khan tetap berkeras mahu menyentuh lampu itu, tetapi Islamuddin dan Anees terus menolaknya.

Setelah ditolak beberapa kali, Khan akhirnya menyedari bahawa dia telah ditipu dan mula melaporkannya kepada pihak polis. Dia mengatakan bahawa Islamuddin dan Anees telah meyakinkan dia untuk mempercayai bahawa memang wujud jin di dalam lampu Aladdin tersebut.

Islamuddin dan Anees kemudian ditangkap oleh polis dan lampu “sihir” itu dirampas. Polis juga cuba menggosok lampu Aladdin terbabit dan dilaporkan bahawa tidak ada apa-apa yang berlaku.

Terdahulu, seorang lelaki di India memakai pelitup muka yang diperbuat daripada emas. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Mahu Elak COVID-19, Lelaki Di India Ini Memakai Penutup Muka Diperbuat Daripada Emas

Kenali PABJE, ‘Game’ Alternatif Untuk Pemain Tegar PUBG Di India

Ghost Rider Versi India, YouTuber Ini Sengaja Bakar Dan Memandu Motorsikal Demi ‘Content’