Disebabkan filem Joker, makin ramai yang aware dengan isu depression dan masalah mental. Apabila seseorang individu ingin meminta bantuan berkaitan kesihatan mental, ini yang saya risaukan:

1. Minta nasihat orang terdekat dahulu

Orang terdekat sendiri tidak meluangkan masa untuk mendengar rintihan individu tersebut. Kerap kali ceritanya dipotong. Kadangkala orang terdekat tidak sabar hendak berkongsi nasihat dan ada kalanya kedengaran menghukum.

Screenshot-2020-04-02-at-6.57.37-PM
HYPE
HUAWEI Lancarkan Siri Terbaru HUAWEI P40, MatePad Pro & Watch GT 2e. Pra-Tempah Bermula Sekarang!
Baca lagi →

2. Dapatkan khidmat professional

Individu tersebut ke klinik perubatan. Namun, klinik tersebut terlampau sibuk. Ketika sesi tersebut, doktor mempunyai belasan malah puluhan pesakit yang menunggu di luar. Doktor hanya ada masa 5-10 minit untuk menyantuni individu tersebut. Kemudian, referral letter diberikan untuk berjumpa pakar psikiatri di hospital.

Kebanyakan masa, 10 minit tidak cukup untuk menyakinkan mereka untuk ke unit psikiatri. Bagi kebanyakan individu, hospital adalah tempat yang menakutkan, apatah lagi ke Unit Psikiatri. Di dalam filem, Unit Psikiatri hanyalah tempat pesakit yang menjerit dan meroyan.

C360_2016-11-02-08-15-00-944

Gambar hiasan. Sumber: Google

3. Fobia dengan doktor

Ada beberapa insiden, pelajar fobia dengan doktor di kampus mereka kerana katanya terlalu garang. Sesetengah pelajar atau pesakit ini di label sebagai ‘MC seekers’ kerana selalu datang ke klinik dengan ‘chief complaint’ yang pelik-pelik.

Contohnya pelajar dengan anxiety disorder. Mereka ada presentation besar untuk dilakukan. Sudah hampir 3-4 minggu dia tidak dapat tidur lena. Tiba hari presentation jantungnya berdebar laju. Memikirkan tentang presentation sahaja, dia sudah berpeluh walaupun dalam kesejukan pagi. Dia cuba melawan pemikiran negatifnya, namun dia rasa sudah tidak mampu.

Tiba pada hari presentation, dia putuskan untuk ponteng. Dia pergi ke doktor perubatan di kampus. Alasannya adalah sakit perut. Dia tidak mampu beritahu yang dia terlalu takut, sudah beberapa hari tidak tidur malam. Dia tidak mahu kelihatan lemah. Cukup 3-4 kali kejadian berulang, dia di label sebagai ‘MC seeker’.

Man-Talking-to-Doctor17

Gambar hiasan. Sumber: Google

4) Rawatan ke pusat swasta

Tidak semua doktor atau kaunselor terlatih bagi mengendali kes berkaitan kesihatan mental. Saya risau jika mereka lewat dirujuk atau rawatan yang diberikan tidak bersesuaian. Ini akan menerukkan lagi keadaan individu tersebut.

Ini adalah saranan saya kepada mereka yang ingin membantu pesakit-pesakit ini terutama sekali mereka adalah orang yang terdekat. Anda harus luangkan masa anda untuk dengar rintihan. Tidak usahlah menyelit dengan berkongsi cerita anda sendiri pula. Apatah lagi mula berceramah memberi pelbagai nasihat. Kurangkan bercakap, lebihkan mendengar.

Anda harus gunakan akronim 1 P & 3 L (ubahsuai dari konsep ‘psychological first aid’). Prepare  iaitu selidik sedikit artikel berkaitan kesihatan mental. Di mana lokasi berdekatan yang anda boleh bawa mereka berjumpa profesional. Seeloknya pakar psikiatri atau psikologis klinikal.

Look iaitu perhatikan keadaan individu tersebut. Adakah tanda-tanda dia mencederakan diri sendiri. Adakah dia kelihatan terlalu kurus atau personalitinya menjadi terlalu agresif. Perlukah dia dibawa berjumpa pakar secepat mungkin?

Listen iaitu dengar, dengar dan dengar. Anggukkan kepala. Sesekali ulang apa yang mereka cakap, supaya nampak anda peduli tentang luahan hati mereka. Sekurang-kurangnya individu tersebut rasa lebih tenang. Link iaitu hubungkan individu tersebut dengan bantuan yang sepatutnya.

Klinik psikiatri bukanlah tempat yang menakutkan seperti di dalam filem. Jika di Hospital Shah Alam, klinik psikiatri bercampur dengan unit-unit perubatan yang lain. Orang pun tidak tahu yang anda nak berjumpa pakar psikiatri. Apatah lagi, doktor-doktornya baik sekali.

Di bawah ini kami kongsikan beberapa artikel berkaitan dengan mereka yang mendapatkan rawatan penyakit mental. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Wanita Ini Kongsi 10 Cara Terbaik Untuk Melawan ‘Anxiety Attack’

Bagaimana Saya Mula Dapat Rawatan Penyakit Mental

Artikel di atas disumbangkan oleh Hasnor Safwan. Beliau seorang Pengarah Urusan Jiwa Damai dan pegawai perubatan. Boleh ikuti beliau di sini. Pautan artikel asal.

Anda Mungkin Suka