Apabila menyebut mengenai cardiologist atau doktor pakar jantung pastinya orang ramai cukup faham dimana mereka ini lebih mengetahui dan arif mengenai sistem pernafasan serta jantung yang dikaitkan dengan wabak COVID-19.

Namun lain ceritanya pada kali ini apabila seorang doktor pakar jantung yang memilih untuk jogging di siang hari semasa perintah kawalan pergerakan. Aksi beliau menjadi tular apabila sebuah video dimuat naik di media sosial mengenai alasan beliau yang berkeras tidak mahu mematuhi arahan pihak berkuasa.

BeFunky-collage-15
HYPE
Sedap Dan Berkhasiat, Ini Cara Untuk Belanja ‘Si Meowy’ Anda Me-O Cat Lick Secara Percuma
Baca lagi →

Di awal video doktor ini turut meminta untuk dirakam kerana berpendapat beliau benar mengenai hal ini.

Ong Hean Teik (cardiologist). Dinasihati supaya berada dirumah tapi mempertikaikan arahan kerajaan.

Nama dia Dr Ong Hean Teik (cardiologist). Dinasihati supaya berada dirumah tapi mempertikaikan arahan kerajaan. Bodoh!

Posted by Malaysian Chinese News on Thursday, 19 March 2020

Menggunakan alasan jogging mampu menyihatkan badan serta badannya bebas daripada virus, antara yang membuatkan beliau sangat yakin dengan tindakan beliau meskipun sudah diumumkan pihak kerajaan untuk stay at home. Tambahan beliau, beliau turut membantu orang ramai dalam usaha untuk mengurangkan wabak COVID-19.

Tindakan beliau turut mendapat kecaman netizen serta membuatkan orang ramai hairan dengan status doktor pakar jantung beliau yang seolah tidak faham dengan situasi yang melanda di Malaysia.

Screen Shot 2020-03-20 at 2.38.02 PM

Di akhir video yang berlangsung selama hampir lima minit ini dapat dilihat beliau bersetuju untuk beredar serta pulang ke rumah daripada jogging setelah mendapat pihak perkuasa mengarahkan beliau.

Diharap tindakan untuk menyihatkan badan di musim COVID-19 ini dapat dilakukan di rumah melihatkan atlet profesional juga mengambil langkah yang sama dalam memastikan badan cergas serta bebas daripada penyakit.

Perdana Menteri Malaysia pada 18 Mac lalu telah menggesa rakyat Malaysia untuk stay at home untuk putuskan rantaian COVID-19.

PM Rayu Rakyat Malaysia ‘Stay At Home’ Untuk Putuskan Rantaian COVID-19

foodpanda Sahkan Terdapat Kes COVID-19 Di Kalangan Kakitangan Pejabat Korporat

Anda Mungkin Suka