Seorang doktor diketahui menipu selepas didakwa mereka cerita sedih mengenai pemergian isteri dan anaknya yang meninggal dunia.

Kisahnya terbongkar palsu selepas Syahr Musafir, penulis buku Hikayat Budak PhD menyiasat lebih mendalam mengenai identiti individu terbabit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sebelum ini, media sosial Facebook gempar dengan sebuah kisah sedih yang dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial dengan nama Iqbal Hamdi yang mendakwa dirinya adalah seorang doktor yang bekerja di Australia.

‘Iqbal Hamdi’ yang menulis cerita mengenai kisah hidupnya yang bekerja di Royal Adelaide Hospital – sebelum dipadam profilnya selepas kantoi ceritanya adalah sebuah rekaan – mendakwa bahawa isterinya meninggal dunia selepas melahirkan seorang anak, manakala anaknya itu pula meninggal dunia akibat kesihatan mental.

Bagaimanapun, melalui hantaran terbaharu Syahr, difahamkan bahawa cerita itu adalah sebuah rekaan dan individu ‘Iqbal Hamdi’ itu juga tidak wujud.

Syahr berkata, melalui kaji selidik yang beliau lakukan di internet, didapati bahawa individu yang kononnya ‘Iqbal Hamdi’ itu sebenarnya mengguna gambar orang lain iaitu seorang individu warga Indonesia yang bekerja sebagai jururawat di Los Angeles dan gambar yang didakwa sebagai anak-anak ‘Iqbal Hamdi’ itu pula diambil di laman sesawang Pixabay.Com.

Tindakan beliau menyamar, mengambil gambar orang lain dan mereka cerita sedih demi kandungan media sosial adalah sebuah tindakan yang tidak wajar.

Kebanyakan netizen menyelar tindakan beliau, tambah-tambah lagi apabila cerita beliau itu telah dikongsi oleh beribu pengguna media sosial yang percaya dengan kisah sedihnya.