Adakah anda sudah mencuba menu baharu daripada McDonald’s iaitu ‘Ayam Goreng Extra Spicy 3X’? Jika sudah, apakah pendapat anda? Adakah anda berasa ianya pedas biasa atau luar biasa?

Kami juga telah mencuba menu tersebut semalam dan mendapati ianya pedas luar biasa. Malah, kami juga telah membaca beberapa komen yang mengatakan ayam goreng tersebut tersangat pedas dan membuatkan mereka sakit perut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Malah, seorang pengguna Facebook, Husaini Abu Bakar telah berkongsi di laman sosialnya bahawa dia perlu berjumpa doktok kerana kerap keluar masuk tandas akibat penangan kepedasan ayam goreng ini.

Justeru itu, doktor menasihatkan beliau untuk elak makanan yang terlampau pedas dengan banyak kerana boleh mengakibatkan usus tercedera atau berlubang dan juga boleh menyebabkan buasir. Ini kerana, cili yang digunakan menurut doktor bekenaan bukan rasa cili yang sebenar tetapi lebih kepada rasa pedas buatan.

Anda ada masalah serupa selepas makan ayam pedas McDonald’s ini? Bagi kami, tidak salah untuk mencuba tetapi haruslah setakat limit anda. Tolerance setiap individu untuk rasa pedas kan berbeza.

Baca lagi: Pedas Sangatkah ‘Ayam Goreng Extra Spicy 3X’ McDonald’s Ini?