Semalam seluruh dunia dikejutkan dengan berita seekor harimau Malaya di sebuah zoo di Amerika Syarikat disahkan positif COVID-19.

Harimau itu yang diberikan nama Nadia menjadi antara kes pertama jangkitan daripada manusia kepada haiwan yang dilaporkan setakat ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut laporan media, beliau dipercayai dijangkiti virus itu daripada salah seorang kakitangan zoo yang bertugas di sana dan mengalami gejala penyakit COVID-19.

Menyedari perkara itu mula menjadi kebimbangan orang ramai terutama pemilik haiwan peliharaan, seorang doktor veterinar seperti dilaporkan portal Says tampil memberikan penjelasan beliau mengenai kemungkinan virus itu dijangkiti oleh haiwan dari manusia.

Walaupun tidak menolak kemungkinan jangkitan itu boleh berlaku dalam kalangan haiwan namun dia menjelaskan kajian lanjut masih dijalankan oleh pihak bertanggungjawab mengenai perkara itu.

Malah dia juga mengingatkan pemilik haiwan peliharaan agar tidak mengambil sebarang tindakan dan menyangka semua haiwan membawa jangkitan COVID-19.

Malah dia juga mengingatkan pemilik-pemilik haiwan peliharaan agar mengambil langkah berjaga-jaga sahaja seperti mengamalkan langkah kebersihan ketika mengendalikan mereka dan mengelakkan bersentuhan.

Mereka yang sudah disahkan positif COVID-19 menurutnya juga perlu mengelakkan daripada melakukan kontak rapat dengan haiwan peliharaan mereka bagi mengelakkan penularan virus.

Jadi kepada anda yang mempunyai haiwan peliharaan di rumah, anda tidak sepatutnya risau dengan perkembangan terbaru dengan jangkitan dalam kalangan haiwan ini.

Namun apa yang penting ketika ini adalah anda mengamalkan langkah-langkah pencegahan yang telah dikeluarkan agar kita sama-sama dapat membendung penularan wabak COVID-19 ini.

Baca perkongsian lain kami mengenai perkembangan semasa COVID-19 di sini. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

Kenapa Kita Harus Bersyukur Dengan Cara Pengendalian COVID-19 Di Malaysia

Dari Mata Seorang Aktivis Teater, Kesan COVID-19 Kepada Penggiat Seni

Kesan COVID-19, Juruterbang Tukar Kerjaya Jadi ‘Runner’ Untuk Teruskan Hidup

Sumber