Siapa sangka menjadi antara individu terawal yang menemui wabak COVID-19 serta memberitahu orang ramai mengenai wabak ini juga menjadi suatu ‘kesalahan’ di China.

Itulah yang terjadi buat Dr Li Wenliang yang berjaya menemui kehadiran wabak COVID-19 yang dikatakan mirip simptom SARS seawal bulan Disember di Wuhan Central Hospital serta beliau menyebarnya melalui platform WeChat beliau.

Tindakan beliau menyebarkan kehadiran wabak ini telah membuatkan beliau ditahan oleh pihak berkuasa di Wuhan setelah dikatakan ‘menimbulkan panik’ buat warga setempat.

ab_liwenliang1_070220
Sumber: SCMP

Lebih mengejutkan ramai, dilaporkan Dr Li Wenliang telah dipaksa oleh pihak polis Wuhan untuk menafikan kenyataannya serta tidak mengesahkan kewujudan wabak yang ditemui pada penghujung 2019. Hayat beliau nampaknya tidak berpanjangan selepas beliau turut menjadi mangsa kepada wabak COVID-19 serta meninggal dunia pada 7 Februari lalu.

Tindakan yang dijalankan oleh pihak berkuasa di Wuhan nampaknya mula diketahui oleh Parti Komunis China (CPC) seterusnya melabelkan tindakan pihak berkuasa di Wuhan sebagai tidak bertamadun.

Melihat kepada Dr Li Wenliang yang muncul sebagai individu terawal memberitahu orang ramai mengenai kehadiran wabak COVID-19, pihak CPC telah menganugerahkan darjat ‘Martyr’ buat beliau.

20200208_CNP502
Sumber: the economist

Untuk pengetahuan darjat yang diterima ini merupakan darjat yang tertinggi berpeluang diterima oleh rakyat China yang berjuang demi negara.

Pada jam 10 pagi ini, telah berlangsungnya perhormatan selama tiga minit di China dalam memberi penghormatan kepada kesemua ‘Martyr’ yang maut dalam melawan wabak COVID-19.

Pada minggu lalu, China telah meraikan ‘pembebasan’ COVID-19 dengan membuka semula pasar basah haiwan eksotik. Turut dikongsikan, China telah menerima kes terbaru beberapa selepas mengumumkan bebas COVID-19.

Warga China Rai Bebas COVID-19 Dengan Membuka Semula Pasar Basah Haiwan Eksotik

Baru Sahaja Umum Bebas COVID-19, China Terima 54 Kes Terbaru