Bermula hari ini sehingga 15 April 2021, mangsa banjir yang kehilangan atau kerosakan dokumen penting Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) seperti Lesen Kenderaan Motor (LKM), Lesen Memandu Malaysia (LMM) atau Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) boleh mendapatkan gantian secara percuma.

vocket-jpj-ganti-dokumen-banjir-percuma-mobile

Sumber Gambar: Twitter @JPJ_Malaysia

Caranya mudah sahaja untuk mendapatkan dokumen gantian tersebut:

1. Dokumen yang rosak – Pemilik dokumen perlu hadir sendiri dengan membawa dokumen yang rosak untuk mendapatkan salinan gantian.

2. Dokumen yang musnah atau hilang – Pemilik perlu membuat laporan polis dan menunjukkan laporan itu sebagai bukti kehilangan untuk mendapatkan gantian dokumen yang baru.

Tambah pihak JPJ lagi, unit kaunter bergerak JPJ (JPJ Mobile) akan ditempatkan di kawasan terpilih khususnya di pusat pemindahan sementara (PPS) bagi memudahkan masyarakat setempat yang mengalami kesan banjir mendapatkan perkhidmatan JPJ dengan lebih dekat, mudah dan selamat.

Baca kisah-kisah yang berkaitan banjir yang berlaku di negara kita melalui pautan di bawah.

Ini Sebab Mengapa Anda Tidak Digalakkan Untuk Redah Air Banjir

‘Nasib Baik Ada Hilux’ – Permaisuri Agong Kongsi Gambar Turun Padang Bantu Rakyat Dilanda Banjir

Sempat Masak Maggi Dalam Lori Ketika Banjir, Aksi Lelaki Ini Buat Ramai Terhibur

Anda Mungkin Suka