Kecoh sejak beberapa hari ini insiden melibatkan seorang pensyarah yang didakwa memperlekeh seorang mahasiswa daripada golongan B40 gara-gara mengikuti Google Meet dengan hanya menggunakan telefon pintar.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Insiden yang berlaku sekaligus membuatkan netizen berang sekaligus menjadi buah mulut dalam menyokong tindakan pensyarah berkenaan atau sebaliknya. Selain itu, terdapat juga perkongsian daripada mereka yang mendakwa mengenali pensyarah berkenaan dalam menjelaskan situasi yang berlaku.

Kes ini sekali lagi menjadi perbincangan pada awal pagi ini apabila tertiris dokumen sulit tiga muka surat mengenai laporan kronologi berhubung insiden tersebut yang turut mempamerkan nama serta butiran penuh mahasiswa berkenaan.

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →

Terbaharu, menerusi perkongsian Twitter @redzuanNewsMPB, pihak UiTM dilaporkan telah membuat laporan polis berikutan dokumen sulit kronologi insiden tular di media sosial.

Menurut Nabi Canselor UiTM, laporan dibuat berikutan dokumen tersebut dikatakan sulit serta untuk melindungi UiTM, kakitangan serta para mahasiswa. Tindakan yang dibuat pihak UiTM turut mendapat perhatian para netizen yang tertanya-tanya pihak yang menularkan dokumen berkenaan.

Diharap isu ini dapat diselesaikan dengan baik dalam memberi keadilan kepada kedua-dua pihak sekaligus mengelakkan isu ini daripada berulang pada masa akan datang.

Ketahui lebih lanjut mengenai insiden melibatkan pensyarah kontrak bersama para pelajar sewaktu sesi Google Meet dengan klik pautan di bawah.

Perlekeh Pelajar Daripada Golongan B40, Kenyataan Pensyarah IPTA Ini Undang Kemarahan Netizen

Tular Isu Pensyarah Perlekehkan Pelajar B40, Ini Kenyataan Rasmi Daripada UiTM