Dokumentari dari Al Jazeera yang telah dimuatnaik beberapa hari lalu di laman YouTube telah mendapat perhatian rakyat Malaysia beberapa hari ini. Fakta yang tidak tepat dan tindakan sengaja untuk memburukkan nama Malaysia adalah antara tuduhan yang dilemparkan rakyat Malaysia kepada Al Jazeera.

Tindakan seorang lelaki warga asing dari Bangladesh, Rayhan Kabir juga diselar oleh rakyat Malaysia. Dia dikatakan memberi gambaran salah terhadap tindakan pihak berkuasa Malaysia yang menahan warga asing yang masuk ke Malaysia dengan dokumen yang tidak sah.

Terbaharu, syarikat Malik Streams Production & Distribution (MSPD) telah menafikan bahawa Kabir adalah pekerja di syarikat mereka. Dalam satu kenyataan yang dimuatnaik semalam, MSPD menyatakan bahawa Kabir pernah dilantik sebagai kontraktor sebelum ini tetapi bukanlah pekerja di syarikat berkenaan.

“Kami terkejut dengan kenyataan pada akaun facebook Rayhan Kabir yang menyatakan beliau adalah Ketua Pemasaran di syarikat kami,” katanya sebelum menambah bahawa satu tindakan akan dibuat ke atas Kabir kerana telah memburukan syarikat berkenaan.

MSPD menutup kenyataan mereka dengan menyatakan sokongan terhadap rakyat Malaysia dan mengkritik dokumentari Al Jazeera yang dilihat berat sebelah dan sengaja mahu memburukkan negara.

Sejak semalam, kerajaan Malaysia melalui Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob telah mencabar Al Jazeera untuk menyenaraikan nama negara yang memberi kebebasan mutlak kepada warga asing yang masuk ke negara mereka tanpa dokumen yang sama.

Manakala Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud ketika diminta mengulas dokumentari yang diterbitkan Al Jazeera sebelum ini telah menyatakan bahawa mana-mana warga asing yang didapati bersalah mengeluarkan sebarang kenyataan tidak tepat atau berniat jahat untuk memburukan Malaysia boleh dibatalkan pas imigresen dan diminta untuk meninggalkan negara.

Terdahulu, nama lelaki ini menjadi hangat selepas memberi kenyataan yang memburukkan Malaysia. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Netizen Meluat Lelaki Bangladesh Ini Cuba Raih Simpati Walaupun Mengaku Mereka Adalah PATI

Warga Asing Keluar Kenyataan Tidak Tepat Boleh Dibatalkan Pas Imigresen Dan Diminta Tinggalkan Negara

Laporan Salah Al Jazeera Bangkitkan Kemarahan Rakyat Malaysia