Dua rakyat Malaysia yang menetap di Amerika Syarikat, Teng Poh Si dan Cheyenne Tan berjaya mencipta sejarah tersendiri apabila melayakkan diri ke 10 senarai pendek untuk Dokumentari Terbaik Oscar 2020.

Kejayaan melayakkan diri ke senarai pendek anugerah tertinggi dunia ini ‘tidak pernah terlintas di fikiran mereka’ biarpun terpaksa bersaing dengan hampir 96 dokumentari yang lain.

cof
HYPE
CCTV Dengan ‘Face Recognition’ Bakal Bantu Kurangkan Jenayah Di Selangor
Baca lagi →

EEHHFYqU4AACsna

Hadir dengan naskah St. Louis Superman yang diarahkan oleh Smriti Mundhra dan Sami Khan. Ia mengisahkan perjalanan Franks Jr, seorang aktivis dan penyanyi hip hop yang menyertai Dewan Perwakilan Missouri pada tahun 2016.

Franks terinspirasi untuk memasuki politik setelah terkesan dengan kejadian  remaja Afrika-Amerika yang ditembak polis pada 2014.

Bercakap kepada The Star, Teng 35 tahun berkata bahawa tujuan asal mereka adalah untuk mempelajari dari kisah Bruce Franks Jr dan memastikan cerita dihasilkan dari sudut yang benar serta adil.

BBYbHVR.img

Malay Mail

Mereka berkata bahawa projek ini bermula ketika Teng bekerja sebagai penerbit senior di Al Jazeera dan bekerjesama dengan Smriti selepas kagum dengan karya beliau dalam filem dokumentari, A Suitable Girl, mengenai pernikahan di India.

Tan – yang berasal dari Kuching dan kini berpangkalan di Los Angeles – telah bekerja dengan Smriti dan menyertai pasukan itu sebagai penerbit bersama.

Oktober tahun lalu kami pernah menulis mengenai Upin & Ipin yang tersenarai antara 32 animasi untuk Oscars 2020. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal Antara 32 Animasi Disenaraikan Untuk Oscars 2020

Anda Mungkin Suka