Top Glove telah dituduh bersifat menekan dan tidak menjaga kebajikan warga asing yang bernaung dibawah mereka, iaitu syarikat pengeluar Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) terbesar di dunia.

Melalui satu siasatan yang dilakukan oleh Channel 4 News, mereka telah mendedahkan bagaimana Top Glove bertindak secara tidak adil terhadap pekerja migran, ketika syarikat terbabit sibuk mengejar keuntungan ditengah-tengah situasi pademik COVID-19.

Dalam dokumentari yang dimuatnaik di laman YouTube dan berdurasi selama 10 minit tersebut, Chanel 4 News mendapati bahawa pekerja warga asing hanya di bayar sebanyak RM5.00 sejam dan dikerah bekerja selama 6 hari seminggu.

Manakala slip gaji pekerja warga asing ini pula mendedahkan bahawa mereka telah bekerja lebih masa selama 111 jam bagi memenuhi permintaan global untuk PPE. Top Glove turut dituduh melakukan pemotongan gaji pekerja secara tidak sah di atas alasan kelewatan dan pulang kerja terlalu awal.

Di kediaman tempat tinggal pekerja warga asing pula dikatakan ‘mengerikan’ apabila mereka terpaksa berhimpit seramai 24 orang di dalam satu bilik dan berpotensi menjadi tempat penyebaran wabak COVID-19.

Top Glove, yang memiliki 44 kilang di seluruh dunia dan minggu lalu telah mengumumkan keuntungan tiga kali ganda telah di tuduh mengamalkan sikap diskriminasi terhadap pekerja warga asing sejak dari 2018 lagi.

Terdahulu, Top Glove telah ditahan daripada melakukan penghantaran produknya ke AS beberapa hari lalu. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Amerika Syarikat Tahan Sarung Tangan Getah Buatan Syarikat Malaysia Daripada Memasuki Negara