Keghairahan rakyat Malaysia untuk melihat filem animasi tempatan Upin & Ipin tercalon ke senarai akhir anugerah Oscar pada semalam tidak kesampaian apabila filem itu gagal menjadi calon akhir dalam kategori Filem Animasi Rencana Terbaik.

Dalam majlis pengumuman yang diadakan malam tadi, filem terbitan Les Copaque itu terpaksa akur dengan kehebatan lima filem, Toy Story 4, How To Train Your Dragon: The Hidden World, Klaus, Missing Link dan I Lost My Body yang berjaya menjadi calon akhir untuk anugerah tersebut.

Amirudin Shari
HYPE
Lihat Salah Satu Norma Baharu Dalam Menyambut Hari Raya Aidilfitri Tahun Ini
Baca lagi →

Bagaimanapun, rakyat Malaysia masih boleh tersenyum selepas satu lagi karya anak tempatan, St Louis Superman, sebuah dokumentari yang diterbitkan dua anak tempatan dari Sarawak, Chayenne Tan dan Teng Poh Si dari Pulau Pinang berjaya tercalon untuk bertanding dalam anugerah berprestij itu.oscar

St Louis Superman terbitan dua anak tempatan serta Smriti Mundhra dan Sami Khan itu berjaya tercalon dalam kategori ‘Documentary Short Subject’.

Mewakili Malaysia di anugerah itu, filem yang dicipta berdasarkan kisah benar itu akan bertanding dengan empat lagi dokumentari seperti In The Absence, Learning To Skateboard in A Warzone, Life Overtakes Me dan Walk Run Cha-Cha.

Anugerah Oscar atau juga dikenali sebagai ‘Academy Awards’ itu akan berlangsung pada 10 Februari nanti dan akan ditayangkan di lebih 200 negara seluruh dunia.

Jika anda seorang peminat filem tegar, lihat bagaimana pengarah filem ini melamar kekasihnya menggunakan animasi yang diinspirasikan dari filem Sleeping Beauty. 

Lihat Cara Unik Pengarah Ini Lamar Kekasihnya Dengan Animasi ‘Sleeping Beauty’

Tony Stark Sepatutnya Mati Dengan Lebih Tragis Dalam Avengers: Endgame

Kereta BMW 750iL Tempat Tupac Shakur Mati Ditembak Dijual Dengan Harga RM7 Juta

 

Anda Mungkin Suka