Steffano Gabbana yang merupakan antara penggerak rekaan fesyen bagi jenama terkenal Dolce & Gabbana telah mendedahkan sebahagian daripada koleksi jubah rekaan beliau khas untuk Muslimah di Instagram miliknya.

Koleksi yang menampilkan gaya sopan tetapi mewah ini merupakan pilihan terbaru yang ditawarkan oleh jenama terkenal ini bagi membolehkan wanita Muslimah tampil bergaya sambil menutup aurat daripada kepala hingga ke kaki yang menggabungkan padanan hijab dan jubah bercitarasa mewah.

rtx6cut9_wide-0966b1068552c4498486b6e344c3dcb19861a885-s1600-c85
HYPE
Ini Inisiatif Tenaga Nasional Berhad Berdepan Musim Tengkujuh Yang Bakal Tiba
Baca lagi →

Tumpuan pasaran utama bagi firma fesyen terkenal ini adalah ke beberapa negara Timur Tengah yang mempunyai permintaan yang tinggi terhadap barangan berjenama mewah.

Menurut Reuters, dijangkakan wanita Muslimah di rantau tersebut akan membelanjakan sebanyak USD342 bilion untuk pakaian dan kasut pada tahun 2019.

Harga jualan bagi koleksi terbaru ini belum lagi diumumkan tetapi sudah semestinya ia setanding dengan harga koleksi sedia ada mereka yang lain.

Antara harga pakaian sedia ada daripada koleksi utama Dolce & Gabbana adalah antara USD3,500- USD15,500.

Harga bagi koleksi beg tangan yang sama seperti yang ditunjukkan di akaun Instagram Steffano Gabbana beserta koleksi hijab pula adalah sekitar  USD1,800.

Dijangkakan koleksi ini bakal menjadi buruan wanita Muslimah kelas atasan  dan golongan kaya dirantau tersebut. Sehingga kini 7 butik Dolce & Gabbana telahpun dibuka di Arab Saudi dan lebih banyak cawangan akan dibuka di beberapa negara di rantau tersebut.

Jom kita layan antara koleksi mewah D&G ini. Buat para pemilik butik Muslimah, mungkin anda boleh ambil inspirasi daripada rekaan mewah  jenama ini.

dolce-gabbana-hijab-7

dolce-gabbana-hijab-8

dolce-gabbana-hijab-9

dolce-gabbana-hijab-10

dolce-gabbana-hijab-11

dolce-gabbana-hijab-12

Sejujurnya, tidak keterlaluan jika saya katakan koleksi D&G ini taklah bombastic mana. Malahan koleksi jubah Muslimah di negara kita juga tak kalah dari segi rekaannya.

Mungkin sudah tiba masanya bagi para usahawan tempatan memikirkan cara untuk melebarkan sayap perniagaan anda ke negara Timur Tengah memandangkan potensi industri fesyen di sana juga sangat besar.

Tonton: Inilah Bukti Ketelitian Christian Dior Sewaktu Hasilkan Beg Tangan Mewah

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka