Masih hangat di sosial media tentang pelancaran model terbaru Modenas, Dominar 400. Baharu sahaja dilancarkan semalam, Modenas memberi lebih pilihan kepada pelanggan dengan menambah model Dominar dengan CC yang lebih.

Model dengan kerjasama syarikat dari India, Bajaj ini hadir dengan enjin 400CC yang nyata memberi berita gembira kepada rakyat Malaysia yang mungkin mahu upgrade motosikal kapcai kepada CC yang lebih besar tanpa harga yang tinggi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam pengumuman pihak Modenas semalam, harga jualan untuk motosikal ini adalah RM14,800 sahaja; mungkin antara model termurah dalam kelasnya. Tetapi jika anda jadi 400 pembeli pertama, anda ada dapat harga tawaran RM13,788.

Model ini sangat sesuai terutamanya untuk anda yang berulang alik ke tempat kerja dalam jarak yang agak jauh setiap hari tanpa perlu membayar installment yang tinggi setiap bulan.

Menerusi komen peminat motorsikal tentang model ini, Dominar 400 adalah model yang mendapat respon positif terutamanya di India dan Indonesia kerana ianya jimat minyak dan mudah untuk maintain. Nak tahu lebih tentang motosikal ini, boleh lihat sendiri di mana-mana cawangan Modenas dalam masa terdekat.