Setelah mengesahkan Cable, seorang lagi watak akan muncul dalam Deadpool 2. Ryan Reynolds memuat naik gambar ikonik Deadpool tetapi kali ini Domino (dilakonkan oleh Zazie Beetz) yang berbaring di atas kostume Deadpool.

Pemilihan watak Domino agak menarik kerana watak asal Domino berkulit cerah pucat tetapi kali ini, Domino telah diwatakkan sebagai seorang gadis berkulit gelap dengan rambut afro. Domino adalah mutan yang mempunyai kuasa mengubah kebarangkalian, menjadikan beliau seorang yang sentiasa bertuah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/Matadoration/status/892190516590387200

Josh Brolin juga telah disahkan akan memegang watak Cable. Ianya tahun yang sibuk buat Brolin kerana beliau juga turut beraksi sebagai Thanos untuk Avengers: Infinity War. Tetapi itu bukannya satu masalah buat produksi Deadpool kerana perwatakan Brolin untuk kedua-dua filem ini berbeza. Thanos pun tidak mempunyai muka Brolin 100%.

Adakah anda teruja dengan perkembangan ini? Deadpool 2 kini dalam pengambaran dan akan berada di pawagam bulan Jun 2018.