Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Domino’s Pizza sekali lagi selangkah ke hadapan berbanding jenama pizza yang lain kerana mereka kini menghantar pizza anda menggunakan canoe! Buat masa ini, servis ini cuma terdapat untuk penduduk tempatan yang tinggal di River Loose, Kent di England.

Caranya mudah. Anda pesan pizza yang anda ingini dan delivery boy Domino’s akan menghantar pesanan anda menggunakan canoe. “Ianya sangat seronok untuk tinggal di tepi sungai tetapi agak sukar untuk membuat pesanan delivery makanan di kawasan kami. Inisiatif Domino’s ini sangat bagus dan kami sukakannya,” kata salah seorang penduduk di River Loose kepada akhbar The Mirror.

Tidak pasti sampai bila servis delivery ini akan diteruskan Domino’s di pekan ini. Kalau servis ini berada di Malaysia, bolehlah anda terima pesanan Pizza anda dari Sungai Klang. Tetapi rasanya tak ada perumahan di sepanjang Sungai Klang. Lebih praktikal kalau dibuat di Sabah atau Sarawak.

HYPE
Ini ‘Rahsia’ Pengasas Tudung Dari Kelantan Raih Keuntungan RM10,000 Dalam 2 Minggu
Baca lagi →

dominos-pizza-canoe-delivery-2