Mulai menerima wabak sedikit lambat berbanding negara lain nampaknya tidak menghalang negara ini untuk mengambil langkah awal serta muncul antara negara dengan jumlah kes tertinggi setakat ini.

Situasi menjadi lebih parah apabila pemimpin Amerika Syarikat iaitu Donald Trump sekadar mengambil mudah mengenai kehadiran wabak COVID-19 dengan mendakwa wabak ini sekadar flu dan tidak serius.

5e7066f8a3101282065e0c7b
Sumber: China Daily

Walau bagaimanapun, tangapan beliau nyata berbeza selepas Amerika Syarikat mencatatkan lebih 3,000 kematian dan lebih 160,000 kes melibatkan COVID-19 dimana jumlah kematian lebih tinggi berbanding peristiwa 9-11.

Berdasarkan kenyataan terbaharu Donald Trump, orang ramai seakan terpinga-pinga dan terkejut apabila beliau mengatakan pihak kesihatan Amerika Syarikat sudah melakukan yang terbaik sekiranya kes melibatkan COVID-19 tidak mencapai 100,000 kematian di negara tersebut.

Hal ini berikutan trend semasa penularan wabak COVID-19 di Amerika Syarikat yang terus naik dengan mendadak dimana tidak mustahil hampir 240,000 nyawa warga Amerika Syarikat bakal terancam.

5e67ac6854f25c2aa740bb13
Sumber: Business Insider

Setakat ini Donald Trump turut melanjutkan tempoh national shutdown Amerika Syarikat sehingga 30 April dan berharap keadaan akan kembali pulih bermula 1 Jun 2020. Walau bagaimanapun, melihat kepada keadaan semasa kemungkinan besar pandemik ini memerlukan tempoh yang lebih lama untuk bebas sepenuhnya.

New York mencatat jumlah kes COVID-19 tertinggi di Amerika Syarikat dengan purata kematian setiap 3 minit. Turut dikongsikan, wabak yang menyerang Indonesia ini dijangka cecah sehingga 700,000 pada bulan April.

Kes COVID-19 Di New York Semakin Parah, Catat Kematian Setiap 3 Minit

Kes COVID-19 Di Indonesia Dijangka Cecah Sehingga 700,000 Pada Bulan Hadapan

 

 

Sumber