Presiden Amerika Syarikat Donald Trump bersetuju untuk memberi masa selama 45 hari kepada ByteDance yang berpangkalan di China bagi merunding penjualan aplikasi TikTok kepada Microsoft Corp, lapor Reuters.

Pejabat kerajaan AS sebelum ini menyatakan bahawa aplikasi TikTok yang dibangunkan oleh syarikat dari China mampu untuk memberi risiko kepada data peribadi. Disebabkan itu, Trump dalam satu kenyataannya pada Jumaat lalu telah merancang untuk melarang aplikasi TikTok daripada memasuki Amerika Syarikat.

Namun, setelah perbincangan antara Trump dan CEO Microsoft Satya Nadella, sebuah syarikat yang berpusat di Redwood, Washington dalam satu kenyataan mengatakan bahawa mereka akan meneruskan rundingan untuk membeli TikTok dari ByteDance. Microsoft menyasarkan, perjanjian antara kedua-dua pihak dapat dicapai pada 15 September.

Belum jelas apa yang mengubah fikiran Trump. Namun, beberapa penggubal undang-undang Republik mengeluarkan kenyataan dalam dua hari terakhir mendesak Trump untuk menyokong penjualan TikTok kepada Microsoft.

Rundingan antara ByteDance dan Microsoft akan diawasi oleh Jawatankuasa Pelaburan Asing di Amerika Syarikat. Sumber Reuters berkata, jawatankuasa ini adalah panel kerajaan AS yang mempunyai hak untuk menyekat perjanjian tersebut.

“Microsoft sangat menghargai kepentingan mengatasi masalah Presiden. Syarikat ini komited untuk memperoleh TikTok tertakluk kepada kajian keselamatan yang lengkap dan memberikan faedah ekonomi yang tepat untuk Amerika Syarikat, termasuk Kementeria Kewangan AS,” kata Microsoft dalam satu pernyataan.

Terdahulu, peminat K-Pop dan pengguna aplikasi TikTok telah bertindak mensabotaj Donald Trump. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Daftar Tetapi Tidak Hadir, Peminat K-Pop Dan TikTok ‘Sabotaj’ Perhimpunan Donald Trump

Tidak Senang Dengan Peningkatan Pengguna TikTok, Facebook Mahu Hasilkan Aplikasi Pencabar

Tidak Sekadar Mengajar Mandarin, TikTok Ini Turut Didik Netizen Pantang Larang Masyarakat Cina

Sumber