Sejak beberapa bulan terakhir ini, dapat dilihat ketegangan diantara Hong Kong dan China yang semakin serius. Malah, beberapa protes dan pergolakan telah berlaku di Hong Kong.

Terbaharu, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah melabelkan dirinya sebagai hero selepas berjaya menyelamatkan Hong Kong daripada dimusnah dengan memujuk Presiden China, Xi Jinpang dengan tidak menghantar tentera bagi mengatasi pergerakan pro demokrasi.

Tomaz Gaming Chair Cover
HYPE
Gaya Kingsman Datang Lagi! Tomaz Blaze X Pro, ‘Gaming Chair’ Premium Pada Harga RM499 Sahaja
Baca lagi →
1000x-1

Protes penduduk yang dijalankan di Hong Kong. Sumber: Bloomberg

Menurut Donald Trump, Hong Kong berkemungkinan musnah dalam 14 minit sahaja jika tidak kerana beliau. Kenyataan beliau dibuat sebagai langkah menyokong aktivis pro demokrasi atau tunduk kepada ancaman tindak balas Beijing. Walau bagaimanapun, beliau mahukan penyelesaian dan keamanan bagi kedua-dua negara ini.

Mengapa 14 minit?

Di dalam kenyataan beliau baru-baru ini, Donald Trump secara spesifik menyebut Hong Kong mampu dimusnahkan China dalam tempoh 14 minit. Tempoh yang disebutkan difahamkan merujuk kepada People’s Liberation Army (PLA) untuk sampai ke Hong Kong daripada Shenzhen.

Kenyataan yang dibuat Donald Trump dengan melabelkan dirinya sebagai hero secara tidak langsung telah menimbulkan pelbagai spekulasi di kalangan orang ramai sekaligus merujuk kepada sikap Donald Trump yang mahukan nama di setiap tindakan yang dibuat.

Berdasarkan pergolakan yang terbaru baru-baru ini, hotel di Hong Kong sedia ditawarkan dengan harga serendah RM38 sahaja. Turut dikongsikan adalah 7 tarikan yang anda perlu cuba jika bercuti di Hong Kong.

Terkesan Dengan Protes, Hotel Di Hong Kong Tawar Harga Bilik Serendah RM38 Semalam

7 Tarikan Yang Anda Perlu Cuba Jika Bercuti Di Hong Kong

Anda Mungkin Suka