Donald Trump ketika ini sedang membuat lawatan di seluruh Amerika Syarikat dalam fasa berkempen untuk terus kekal menjadi Presiden negara tersebut. Namun, ketika bertemu penyokong beliau di Colorado, beliau telah meluahkan rasa kecewanya apabila sebuah filem dari Korea Selatan diangkat untuk memenangi anugerah Filem Terbaik di Oscar.

Filem arahan Bong Joon-ho itu menurut Trump tidak sepatutnya menang anugerah filem terbaik. Pada mulanya, beliau menyangka Parasite cuma menang kategori ‘Best Foreign Film’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Tahu betapa teruknya anugerah Oscar tahun ini? Pemenangnya adalah sebuah filem dari Korea Selatan! Apa yang berlaku sebenarnya?” kata Donald Trump. Beliau turut menambah sekiranya filem Parasite boleh menang di Oscar, bermakna tiada filem Amerika Syarikat yang ‘bagus’ diterbitkan sepanjang tahun lalu.

“Kita sudah mempunyai pelbagai masalah dengan hal dagangan Korea Selatan, dan mereka mengangkat pula filem Korea Selatan sebagai pemenang. Adakah filem itu bagus? Saya tidak tahu,”Tambah Trump.

Peminat filem dari Amerika Syarikat khususnya langsung tidak bersetuju dengan pandangan Donald Trump ini. Mereka berpendapat, sekiranya beliau mahu bercakap tentang Parasite, adalah lebih baik untuk Trump menonton dahulu filem tersebut dan membuat penilaian sama ada filem tersebut layak menang atau pun tidak.

Ada juga yang berpendapat Trump terdesak untuk mendapat sokongan ramai dan sanggup menjadikan Parasite ‘mangsa politik’ beliau. Apa pun, keputusan telah dibuat dan komen Trump ini langsung tidak akan mengubah keputusan Anugerah Oscar yang telah diumumkan awal bulan ini.

Sebelum ini, seorang penerbit filem Tamil mendakwa karya Parasite telah meniru plot salah satu filem terbitannya. Baca lagi tentang dakwaan ini pada pautan di bawah.

Dakwa Tiru Karya, Penerbit Filem Tamil Mahu Saman Parasite

4 Lokasi Filem Parasite Kini Diserbu Pelancong Selepas Menang Besar Di Oscar

Parasite Cipta Sejarah, Menang Filem Terbaik Di Anugerah Oscar Ke-92

Sumber