Umum tahu Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump seringkali hadir dengan tindakan atau keputusan yang tidak dijangka ramai. Pada kali ini, Donald Trump kembali lagi di laman Twitter beliau dengan pemberitahuan kepada CEO Apple, Tim Cook bahawa home button adalah jauh lebih baik daripada gesture swipe.

Alasan tidak popular yang diberikan iaitu butang home lebih baik daripada gesture swipe membuatkan orang ramai tidak bersetuju seterusnya melabelkan Donald Trump sebagai seorang yang bodoh.

Difahamkan kemungkinan Donald Trump baru sahaja menggunakan model terbaru daripada Apple selepas sebelum ini dilihat menggunakan iPhone 8. Masih kekok atau kurang pengetahuan cara menggunakan iPhone yang menggunakan gesture swipe membuatkan beliau mahukan butang home.

Siapa sangka Presiden Amerika Syarikat yang dilihat lebih daripada mampu mengakses model terbaru daripada Apple baru sahaja mengetahui fungsi yang sudah lama diumumkan Apple sejak daripada 2017 lagi. Berikut merupakan reaksi netizen terhadap tweet terbaru Donald Trump ini.

Melihat kepada tweet Donald Trump, mungkin beliau perlu mendapatkan Apple iPhone SE2 yang bakal dilancarkan pada Mac 2020 menyertakan butang home.

Kami kongsikan kepada spesifikasi dan rekaan yang anda boleh jangkakan buat Apple iPhone SE2 yang bakal dilancarkan seawal tahun hadapan. Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut.

Apple iPhone SE2 Mungkin Dijual Dengan Harga Tidak Sampai RM2,000

Apple Dijangka Perkenalkan iPhone SE2 Pada Awal Tahun 2020

Sumber