Pada Mesyuarat Lembaga Penasihat Dasar Tenaga Kerja Amerika pada hari Rabu lepas, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah menggelar Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook dengan gelaran Tim Apple sambil memuji beliau dalam memperluas pekerjaan di Amerika Syarikat.

Di dalam sebuah sidang media, Donald Trump secara tidak sengaja menyebut ‘Anda benar-benar meletakkan pelaburan besar di negara kita. Kami amat menghargainya, Tim Apple’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sebelum ini, Trump juga pernah mengadakan pertemuan yang dihadiri Tim Cook namun pada waktu itu beliau menyebut nama Cook dengan tepat sekali serta menggelarkan Cook sebagai “kawan”.

Walaubagaimanapun, ini bukanlah kali pertama Trump menggelar seseorang itu dengan kesalahan memanggil nama sebenar mereka kerana sebelum ini, Trump telah melakukan kesilapan tersebut terhadap Ketua Pegawai Eksekutif Lockheed Martin iaitu Marillyn Hewson dengan memanggil beliau dengan gelaran Marillyn Lockheed.

Perkara ini tidak mengambil masa yang lama untuk tular di kalangan warganet di Amerika Syarikat apabila rata-rata warganet telah menulis status mengenai perkara tersebut di laman Twitter mereka.

https://twitter.com/ManInTheHoody/status/1103435825713278979?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1103435825713278979&ref_url=https%3A%2F%2Fsea.mashable.com%2Fculture%2F2662%2Ftrump-called-his-friend-and-apple-ceo-tim-cook-tim-apple