Donald Trump telah menamakan Vince McMahon sebagai penasihat untuk membantu membuka semula ekonomi Amerika Syarikat.

Dalam kenyataan beliau minggu ini, Presiden AS mengumumkan bahawa beliau sedang mengumpulkan satu pasukan terdiri daripada pesuruhjaya dari empat sukan terbaik negara tersebut.

Selain CEO WWE Vince McMahon, Trump juga menamakan Adam Silver NBA, ketua NFL, Roger Goodell, Rob Manfred MLB dan ketua NHL, Gary Bettman.

Beliau turut menyatakan bahawa akan memanggil presiden UFC Dana White, pemilik Dallas Mavericks Mark Cuban dan pemilik New England Patriots Robert Kraft untuk menyertai pasukan ini.

Bercakap semasa taklimat media pada hari Selasa lalu, Trump berkata tentang pentingnya mengembalikan aktiviti sukan ke kehidupan seharian setelah wabak COVID-19 memaksa beberapa acara dihentikan.

“Kami harus mengembalikan sukan kami, saya bosan menonton permainan besbol yang berumur 14 tahun.

“Saya sebenarnya tidak mempunyai banyak masa untuk menonton – saya mungkin menonton satu atau dua dan selepas itu saya akan kembali bekerja,” kata Trump kepada media.

Dalam perkembangan lain, WWE akan dibenarkan untuk terus mengadakan pertunjukan secara langsung – tanpa penonton – di Performance Center, Orlando.

Walaupun AS berada di bawah perintah tinggal di rumah, WWE dianggap sebagai ‘perniagaan penting’ dan mendapat kebenaran untuk meneruskan rakaman dari tempat latihan setiap minggu.

Untuk bacaan lanjut mengenai Trump dan Amerika Syarikat, klik pautan di bawah.

Donald Trump ‘Berharap’ Jumlah Kematian Kes COVID-19 Di Amerika Syarikat Tidak Lebih 100,000

Donald Trump Kecewa Parasite Menang Filem Terbaik Di Anugerah Oscar

Lelaki Dari India Cerita Pengalaman Terima ‘Wahyu’ Untuk Sembah Donald Trump