Persatuan Lembaga-Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia dan Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Dong Jiao Zong) dilaporkan akan melakukan persidangan pada 28 Disember (Sabtu) ini bagi membantah pembelajaran pengenalan tulisan jawi di sekolah vernakular. Tindakan ini bakal melibatkan penutupan di beberapa jalan di kawasan terlibat.

Portal Malaysia Gazette melaporkan, selain mengajak semua pertubuhan Cina menghadiri persidangan itu, Dong Jiao Zong turut meminta lembaga pengelola dan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) sekolah rendah jenis kebangsaan Cina (SRJKC) untuk memulangkan garis panduan pelajaran tulisan jawi kepada Kementerian Pendidikan sebagai tanda bantahan.

Sumber: Malay Mail

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang memaklumkan penutupan jalan utama itu bermula dari 11 pagi hingga 5 petang.

  1. Lampu isyarat Jalan Kuala Lumpur-Seremban/Jalan Bukit
  2. Lampu isyarat Jalan Changkat/Jalan Bukit
  3. Lampu isyarat Jalan Bukit Indah/Jalan Bukit
  4. Jalan Jati/Jalan Bukit
  5. Lebuhraya SILK/Jalan Bukit

Peringkat pertama

Persimpangan lampu isyarat Jalan Bukit Indah dan Jalan Jati ke Jalan Bukit akan ditutup dan dipantau anggota trafik. Pergerakan kenderaan adalah seperti biasa.

Peringkat kedua

Penutupan persimpangan lampu isyarat Jalan Kuala Lumpur-Seremban dan persimpangan lampu isyarat Jalan Changkat ke Jalan Bukit yang dibuat secara berperingkat mengikut keadaan lalu lintas di lokasi penganjuran.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Polis Daerah Kajang di laman Facebook mereka, orang ramai diminta mematuhi arahan pegawai kawalan lalu lintas yang bertugas ketika dan sebelum penutupan jalan dilakukan.

Susulan dengan isu ini, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan persidangan tersebut kerana akan menyebabkan kesesakan lalu lintas dan menyusahkan orang lain.

Terdahulu, tular gambar kain rentang anti jawi digantung di pagar sekolah di Melaka. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Tular Gambar Kain Rentang Anti Jawi Di Pagar Sekolah Di Melaka

Juventus Keluarkan Jersi Edisi Khas Dengan Kaligrafi Tulisan Jawi