Rekod penjualan aksesori keluaran Apple menunjukkan dongle Fon Telinga 3.5mm iPhone menjadi produk pilihan utama pengguna.

Aksesori yang boleh didapati dengan harga serendah USD9 (+-RM37) telah menjadi produk pilihan utama pengguna semenjak suku ke-2 tahun 2017 mengatasi jualan produk kegemaran pengguna sebelumnya, kabel USB 3.3′ yang mengungguli rekod jualan produk kegemaran semenjak suku pertama 2016 hingga suku pertama 2017.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Namun, ramai pengguna memberi respon negatif mengenai bilangan rekod jualan kedua-dua produk ini yang dikatakan berkualiti rendah dan mudah rosak. Perkara ini diakui sendiri oleh seorang personaliti TV England, Sophia Cannon yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan kualiti produk Apple yang menjadi tular di Twitter.

https://twitter.com/SophiaCannon/status/1025245403430772737

Apa pula pandangan pengguna Apple di Malaysia?