Mungkin, rata-rata peminat filem Ip Man beranggapan bahawa babak berbalas tumbukan antara bintang filem aksi Kung Fu Wing Chun, Donnie Yen dengan bekas juara tinju dunia, Mike Tyson dalam Ip Man 3 (2016) hanyalah lakonan semata-mata, bak kata orang “Alah, tumbuk angin saja tu.”

Namun siapa sangka, di sebalik tabir filem tersebut, Donnie yang baru-baru ini menghadirkan diri ke Festival Filem Antarabangsa Shanghai ke-24 telah mendedahkan bahawa babak perlawan bersama Mike dalam filem ini telah menjadi satu momen yang ngeri buat dirinya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Malah, Donnie juga pernah berasa bimbang sehinggakan beliau terfikir bahawa dirinya akan terbunuh secara tidak sengaja sebaik sahaja Mike Tyson melepaskan tumbukan sehingga menyebabkan Donnie hampir pengsan ketika merakamkan babak tersebut.

“Saya tidak boleh anggap ia sekadar lakonan kerana babak ini melibatkan hidup dan mati saya. Jadi, saya perlu berhati-hati dan anggap seperti berada di gelanggang perlawanan tinju yang sebenar.

“Begitu juga dengan Mike Tyson yang telah saya anggap bukan sebagai pelakon tetapi sebagai ‘peninju yang sebenar’. Bukan apa, kalau tersilap langkah dan terkena tumbukan daripada beliau, boleh ‘KO’ (terkorban) saya,” ujar Donnie seperti dipetik laporan portal SCMP.

Donnie juga mengimbau kembali satu babak di mana beliau hanya perlu menunduk dan mengelak setiap tumbukan deras yang dilepaskan oleh Mike. Anda boleh tonton sedutan babak tersebut menerusi pautan di bawah.

“Adegan yang tersangatlah bahaya! Ketika itu saya diarahkan hanya untuk menunduk dan mengelak daripada terkena tumbukan Mike sehingga babak tersebut berjaya dihabiskan.

“Gugur jantung saya apabila tumbukan beliau telah pun menyentuh rambut saya dengan kelajuan angin yang seakan-akan datangnya sebuah trak yang menuju ke arah saya dari depan.

“Sehingga kini, aksi tersebut masih segar dalam ingatan dan ia merupakan tekanan terbesar yang pernah saya tempuh sepanjang pengambaran filem Ip Man 3,” kata Donnie Yen lagi.

BeFunky-collage (88)
Sumber: Instagram Donnie Yen

Gandingan Donnie Yen dan Mike Tyson dalam Ip Man 3 dipuji serasi dan koreografi aksi perlawanan yang ditonjolkan oleh mereka berdua ini amat awesome, bersahaja, real dan tidak seperti berlakon.

Dalam pada itu, Donnie juga akui bahawa beliau telah meminati Mike Tyson sejak kecil lagi dan sering menonton perlawanan tinju Mike yang bersiaran seawal jam 4 pagi di saluran televisyen di Hong Kong.

Dalam pada itu, Donnie Yen disahkan sertai Keanu Reeves dalam filem John Wick: Chapter 4. Baca menerusi klik pada pautan di bawah.

Donnie Yen Sah Sertai Keanu Reeves Untuk John Wick 4

Lelaki Melayu Ini Antara ‘Pewaris’ Ip Man Untuk Seni Wing Chun Di Dunia

Tonton Trailer Terbaru Ip Man 4: The Finale Menampilkan Bruce Lee Dan ‘Yuri Boyka’