Disember lalu, Marvel telah mengumumkan pengenalan watak adiwira Asia pertama dan giat mencari pengarah dan pelakon yang sesuai untuk membintangi Shangi Chi.

Shang Chi merupakan watak yang tidak asing lagi buat pembaca komik Marvel. Sedikit info mengenai Shang Chi, karakter ini dikenali sebagai seorang pakar bela diri yang diberi gelaran ‘Master of Kungfu’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

marvel-shang-chi-master-of-kung-fu

Menurut laporan That Hashtag Show, Marvel Studios kini sedang merancang untuk mengadakan perjumpaan dengan pelakon yang sinonim dengan watak Ip Man, Donnie Yen dan Ludi Lin yang terkenal sebagai watak Power Rangers.

75192-1532336916

donnie-yen

Sebelum ini beberapa nama telah disebut oleh peminat berpotensi untuk membawa watak ini. Antara nama yang sering disebut ialah Henry Golding. Penggambaran Shang Chi dijadualkan akan bermula pada bulan November dan dijangka akan menemui penonton pada bulan Februari 2021 nanti.