Pelakon utama filem Kung Fu Ip Man, Donnie Yen dikhabarkan bakal bergandingan dengan pelakon terkenal Keanu Reeves dalam filem John Wick 4

Dijangkakan filem sekuel John Wick 4 akan mula ditayangkan di pawagam pada 22 Mei 2022. Pengumuman ini telah dikongsikan oleh syarikat pengendali pawagam terkenal iaitu GSC dalam satu hantaran di Facebook rasmi mereka.

Pasti ramai peminat filem sekuel John Wick berasa tidak sabar untuk menyaksikan aksi kehebatan serta keserasian gandingan antara dua pelakon hero ini dalam filem ini.

Selepas 2 tahun John Wick 3 meninggalkan peminatnya dengan pengakhiran yang tergantung sudah pastinya ‘menjengkelkan’ segelintir peminat, namun akhirnya kedukaan itu mulai terubat apabila filem ini telah pun mempunyai sambungan sekuelnya yang keempat.

Akan tetapi, ia kedengaran sedikit kecewa juga kerana sebelum ini John Wick 4 pernah dilaporkan bakal ditayangkan 21 Mei tahun ini. Mungkin atas sebab-sebab tertentu tayangan filem ini terpaksa ditunda ke tahun hadapan.

Apa-apa pun, sama-sama kita tunggu dan lihat sama ada gandingan dua pelakon hero yang terkenal serta hebat ini Donnie Yen dan Keanu Reeves dalam John Wick 4 menjadi atau pun sebaliknya.

Lionsgate umum John Wick 5 dirakam terus bersama filem sekuel keempat John Wick. Klik pautan di bawah untuk membacanya.

John Wick 5 Diumumkan Oleh Lionsgate, Akan Dirakam Terus Bersama Filem Keempat

Tarikh Tayangan John Wick 4 Diumumkan

‘John Wick: Chapter 3 Parabellum’ Pengakhiran Yang Penuh Aksi Dan Kejam

Sumber