Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Amalan double-park boleh dikatakan perkara biasa berlaku di mana-mana tempat atas sebab kekurangan tempat letak kereta. Tetapi perkara menjadi rumit apabila kereta yang double-park tidak tinggalkan butiran untuk dihubungi bagi mengalihkan kenderaan.

Terbaru, seorang wanita meluahkan kekecewaan melalui ciapan Twitter terhadap pemilik kereta Honda Civic yang bertindak ‘kurang beradap’ setelah menghalang laluan tempat letak kereta selama lebih satu jam di sebuah hotel.

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →

Menerusi ciapan yang dikongsikan, Amallina hadir ke sebuah hotel kerana mempunyai tugas solekan seorang pelanggannya di situ. Semasa hendak pulang, dia dapati terdapat sebuah kereta Honda Civic telah menghalang satu-satunya laluan untuk dia keluar.

Amallina terlebih dahulu cuba untuk mengeluarkan keretanya, tetapi gagal disebabkan ruangan yang tidak mencukupi. Setelah itu, dia hubungi pelanggannya untuk minta maklumkan kepada pihak reception mengenai perkara tersebut.

Sementara menunggu lebih kurang 15 minit, Amallina ternampak seorang pengawal keselamatan dan memintanya untuk cuba tolong. Namun, pengawal keselamatan tersebut turut gagal dan naik ke dalam hotel untuk meminta bantuan salah seorang staff.

Pihak staf hotel tersebut cuba dapatkan telefon pemilik kereta Honda Civic, namun tidak dapat menjumpainya. Jadi dia sendiri cuba untuk mengeluarkan kereta Amallina, ternyata ruangan tidak cukup luas untuk keretanya keluar.

Akhirnya pihak staf hotel membuat keputusan untuk membuat pengumuman untuk mencari pemilik kereta Honda Civic tersebut. Menurut Amallina, setelah pengumuman kali kedua telah dibuat, barulah pemilik kereta turun ke tempat letak kereta untuk mengalihkan kereta.

vocket-wanita-kecewa-honda-civic-3

Sumber Gambar: Twitter @amallina_mua

Keadaan menjadi tegang apabila Amallina sedang mengeluarkan kereta, dia terdengar wanita terbabit mengutuknya dengan kata-kata yang kurang enak didengari.

Perkongsian ciapan ini telah menerima lebih 10,000 kali perkongsian dan mengundang kemarahan netizen kepada pemilik kereta Honda Civic terbabit yang tidak bertimbang rasa.

Menurut Amallina, dia tidak mahu melanjutkan isu ini kerana dia sudah terlambat untuk menghadiri urusan lain ketika itu.

Tetapi disebabkan pemilik kereta tersebut bertindak ‘kurang beradap’ semasa dia masih berada di tempat kejadian telah menyebabkan dia bertindak balas bagi mempertahankan dirinya.

Baca lagi artikel-artikel yang menjadi pilihan The Vocket sepanjang minggu lalu melalui pautan di bawah.

Fipper Jawab Isu Selipar ‘Muslim Friendly’ Edisi Khas TheNoor

Lambat Siapkan Tempahan Makanan, Pemilik Restoran Ini Tampar ‘Rider’ FoodPanda

Ketua Sindiket Kartel Projek Kerajaan Ditahan, ‘Aset’ Bernilai RM148.2 Juta Disita

 

Anda Mungkin Suka