Anugerah Oscar yang berlangsung semalam menyaksikan saingan sengit daripada filem-filem hebat Hollywood untuk kategori ‘Best Pictures’. Namun filem fantasi sains ‘The Shape Of Water’ karya Guillermo del Toro dinobatkan sebagai pemenang mengalahkan filem hebat lain antaranya Dunkirk, Darkest Hour, Three Billboards Outside Ebbing Missouri dan Get Out.

Filem yang berlatarkan perang Cold War pada tahun 1960an di Amerika Syarikat ini menjadi pilihan juri kerana menggabungkan sains fiksyen bersama penggambaran gaya old-school Hollywood.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Namun The Shape Of Water perlu berterima kasih kepada Doug Jones, pelakon yang membawa watak manusia ikan dalam filem ini. Beliau sudah berlakon hampir 150 filem di Hollywood namun beliau tidak terkenal. Kenapa? Kerana beliau biasanya akan memegang watak yang memerlukan beliau memakai kostum mengikut watak yang dibawanya.

Antara watak yang dipengang beliau adalah Abe Sapien (Hellboy), Silver Surfer (Fantastic Four), watak ikonik dalam Pan’s Labyrinth dan banyak lagi. Tonton video di atas. Doug Jones adalah pelakon yang sangat hebat dan kemenangan filem The Shape Of Water pastinya akan menaikkan nama Doug Jones di kalangan peminat filem Hollywood.