Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Nama Dr Amalina sering meniti di bibir orang ramai yang kagum dengan kejayaan semenjak di bangku sekolah lagi. Baru-baru ini beliau telah berkongsi satu lagi kejayaan yang membanggakan rakyat Malaysia menerusi Twitter, yang menyatakan beliau telah terpilih sebagai penerima Anugerah Darzi Academic Clinical Fellowship di Imperial College London.

Screenshot 2021-04-16 at 5.31.46 PM
HYPE
Amalkan Gaya Hidup Sihat, Masterchef Beri Tips Untuk Anda Masak Makanan Iftar Yang Berkhasiat
Baca lagi →

Berita gembira itu telah disambut baik oleh semua followers beliau dengan ucapan tahniah sehingga memperoleh lebih 1,200 kali retweet dan 44,000 lebih likes di Instagram.

Sebelumnya beliau telah tersenarai sebagai 10 doktor pakar pelatih surgikal terbaik di United Kingdom, malah di Malaysia pula beliau menjadi idola kepada anak muda yang terinspirasi untuk melakar kejayaan seperti dirinya.

Kejayaan yang diperoleh ini juga telah mendorong beliau untuk berehat seketika daripada memberi perkongsian di Twitter untuk memberi fokus sepenuhnya kepada karier dan pendidikan.

Untuk pengetahuan, Dr. Amalina kini sedang melanjutkan pendidikannya di tahap pengajian doktor falsafah (PhD). Bagaimanapun, orang ramai masih boleh mengikuti perkembangan kehidupan peribadi beliau menerusi Instagram. Tahniah Dr. Amalina.

Anda Mungkin Suka