Tidak dapat dinafikan pengumuman perintah kawalan pergerakan oleh perdana menteri lewat malam semalam sedikit sebanyak meninggalkan persoalan kepada masyarakat di luar sana.

Salah satu perkara yang menjadi perdebatan adalah sama ada situasi yang berlaku di negara kita ini serupa dengan arahan lockdown yang telah dilakukan di negara barat seperti Perancis dan Itali.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menjelaskan perkara itu, bekas menteri kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad dalam satu kenyataan kepada portal Malaysiakini tampil menjelaskan maksud sebenar isitlah kawalan pergerakan itu.

General
Foto : Ismail Che Rus, The Malaysian Reserve

“Ini bukan perintah berkurung.

“Apabila perintah berkurung kamu tidak boleh keluar rumah, kamu tidak boleh keluar untuk membeli makanan,” katanya.

Tambahnya lagi, mengelakkan aktiviti sosial mungkin adalah penjelasan yang lebih senang untuk difahami masyarakat biasa.

“Ungkapan yang paling baik adalah elak aktiviti sosial.

“Benar ia gangguan tetapi matlamat akhirnya untuk merendahkan lengkung epidemik,” katanya.

Menurut Malaysiakini, istilah merendahkan lengkung epidemik merujuk kepada tindakan mengurangkan dan memperlahan penularan sesuatu wabak.

Bagi anda yang terlepas mendengar pengumuman penting daripada PM kita pada malam semalam, berikut adalah enam langkah yang telah disenaraikan di bawah larangan kawalan pergerakan ini.

  1. Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.
  2. Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara
  3. Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara
  4. Penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta
  5. Penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara
  6. Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services).

Perintah kawalan pergerakan ini akan berkuatkuasa daripada 18 Mac sehingga 31 Mac.

Baca perkongsian kami sebelum ini mengenai pandemik COVID-19 di dalam dan luar negara. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Kesan COVID-19, Pakar Jangka Lebih Ramai Muflis Berbanding Maut

Wabak Merebak Terlalu Pantas, WHO Isytiharkan COVID-19 Sebagai Pandemik

Dalam Pada Ketakutan Pakar, Lebih 50,000 Pesakit COVID-19 Berjaya Dipulihkan

Sumber