Bekas perdana menteri negara, Tun Dr Mahathir Mohammed kelmarin telah membuat kejutan kepada para hadirin dengan membuat pengumuman untuk melelong jam tangan miliknya yang berjenama G-Shock yang disertakan tandatangan beliau sendiri di satu majlis minum petang.

Jam tangan G-Shock dari model GW-9400 edisi istimewa ini hadiah daripada oleh Jenama PETAK by safwanmsapparel. Jam ini bakal dibuka untuk dibida dengan harga RM 1,000. Harga asal jam tangan ini adalah RM 1,644.75 dan harga bidaan mungkin akan melebihi harga pasaran kerana mempunyai tandatangan Tun sendiri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kepada yang berminat atau untuk memiliki jam tangan edisi istimewa ini anda boleh membidanya pada hari ini di hotel De Palma, Ampang.